Friday, November 28, 2008

Persiapan Kenduri Pada 29hb. November 2008

:: Inilah pakaian yang akan patik pakai bila di sana nanti ::
.
:: Kasut bersama-sama gelang kaki ala-ala Puteri Gunung Ledang :: Cam pelik ja gelang tu... tengok la, kalau patik rasa kureng sesuai, patik tak pakai la jawabnya ::

:: Ni pulak sudah tentulah bunga tangan yang akan dijadikan peneman patik di sana nanti ::

Eee Boringnya

Salam...
.
Skarang ni patik tengah tak tau nak buek apo. Nak makan? Rasa cam tak lapar. Nak tengok tv? Rasa cam tak bes ja. Nak tidok? Mata tak ngantuk pun. Nak berkemas? Rasa malas gila.
.
Kesimpulannya memang patik malas utk berkemas. Itu lah hakikatnya. Rasa cam takda mood langsung. Korunk mungkin tak brapa nak dapat tangkapkan sebab apa patik kata camtu?
.
Meh patik nak sembang-sembang sikit. Sebenarnya patik malas nak p kenduri sebelah rumah suami patik. Tak tahu napa. Kalau diberi pilihan, memang patik tak p punya. Tapi nak buek camna, patik ni jadi pengantinnya. Jadi terpksa la.
.
Bila sentuh soal paksa ni, patik memang tak suka bila diletakan pada kategori "dipaksa". Tapi kalau kategori "memaksa" tu, memang patik nak la sangat, huhuhu.
.
Macam-macam yang patik fikiran. Apa la agaknya nasib patik di sana nanti?. Kena memasak untuk 30 orang makan ka? Kena membasuh 60 pasang pakaian ka? Nak kena kemas rumah ka? Eee, takutnya. Dah la patik takda sesiapa di sana. Famili patik suma akan balik nanti. Nak harapkan suami sebagai peneman? Eee, langsung tak caya. Rasa cam dia nak buat naya kat patik ja. Entah la, skarang ni patik kena buek2 relek ja la. Kalau dok asyik pikirkan sangat. Nanti alamat rumah sendiri pun jadik tak ingat.

Thursday, November 27, 2008

Waris Jari Antu

:: Okey... untuk kenduri sebelah suami patik pada 29hb. ni, patik terpaksa berINAI lagi walaupun patik benci sangat bau INAI. Ni buat kali yang ke-3 patik dipaksa berbuat demikian ::
.
:: Caya tak, INAI ni patik yang taroh sendiri. Takda pembantu pun tau ::

:: Ini lak sebelah tapak tangan, bulan patik tu cute tak? Kira ok la tu kan? Ini baru sebelah tangan kiri, pasni patik nak pakai untuk tangan sebelah kanan lak ::



:: Tadi patik ke Soxworld di Gurney Plaza untuk nak beli stoking... Pas dah beli stoking, perut rasa lapar la pulak. Then patik terus ke Nando's Chickenland. Patik tak snap gambar food sebab cam lupa bawa. So di atas ni kira bukti patik ke sana la. Pas bayar dapat kupon ni. Nak tahu patik dapat apa?... Jom sesama kita tengok pic kat bawa tu ::
. :: Taadaa... patik dapat segelas soft drink ja... Tapi rasanya bleh refill kot ::

:: Jom patik zoom skit... dapat baca kan, kan, kan? ::

Tuesday, November 25, 2008

Pindah OoOooFisSSss...

Dari minggu lepas patik dan member seofis yang lain tengah sibuk mengemas barang2 kerja untuk dipindahkan ke bangunan baru. Patik cuma amik lebih kurang 1 hari untuk berpindah ke sana. Ini adalah disebabkan barang2 kerja patik sikit kot, hehehe. Cuma tinggal fail2 kewangan lama akan patik pindahkan pada bila-bila masa ikut suka hati patik [hahaha].
.
So skarang ni patik dah stay di sana. Member2 yang lain masih tak sudah2 lagi memindahkan barang mereka. Mak oii...sana sejuk sungguh, nak sentuh air paip pun rasa takut. Bimbang jadi beku. Tengok la, kalau tak keberatan & kemalasan patik ni datang mengundang, mungkin patik akan cuba uploadkan ruangan kerja patik. Rasa-rasanya minggu ke-2 bulan 12 ok kot. Sebab mungkin ramai yang akan bercuti raya, jadi mudah la patik shoot sini sana.
.
Patik cam best ja dapat pindah ke pejabat baru. Semangat keje yang dulunya makin layu kini dah mekar kembali. Biasa la dapat imvironment yang baru katakan.

Monday, November 24, 2008

Tambah Lagi...

:: Gambar yang di amik dari blog kawan patik, kuntum gelarannya ::

:: Patik bersama member dari sekolah tadika lagi :: Dari kiri Pn. Siti Amirhah bt. Ishak bersama anak lelakinya, Pn. Noorhariyanty bt. Kamal Jamal Din, Patik & Cik Fazilina bt. Jaafar :: Tudung patik bila masa pun pasti terpele'ot ::

:: Dari arah pintu gerbang ::

:: Dari sisi red carpet ::

:: Patik & suami tengah bersantap, tapi tak kenyang pun :: Di atas kepala, patik seolah-olah sedang menjunjung bunga pahar, hehehe ::

Friday, November 21, 2008

Majlis Kenduri Patik 15hb. November 2008

:: Inilah bunga tangan patik yang baru siap pada malam sebelum kenduri ::

:: Hassan 'n' the geng setelah selesai menyiapkan pelamin :: Time ni lebih kurang kul 12.15 pagi dah ::

:: Gambar patik setelah selesai disolek oleh Kak Mawarni ::

:: Time ni patik dah ke dewan :: Dalam kul 1 camtu ::

:: Cuma nak tunjuk pakaian bersanding patik ja sebab tu la mata terpejam :: Hasil dari butik Kerongsang Couture :: Design ni atas pemintaan patik :: Dan yang paling penting set baju ni adalah hakmilik kekal patik & suami ::

:: Patik bersama member ofis :: Kak Zu namanya :: Thanks ya Kak Zu sebab datang ke majlis patik ni ::

:: Pemandangan dari pintu gerbang ::

:: Snap dari meja makan pengantin ::

:: Ini lah pelamin patik :: Time ni dah lewat sebab tu la bunga telur dah roboh kena amik ::

:: Jom patik ZOooM skit ::

:: Patik tengah bergambar di atas pelamin ::

:: Sampin suami patik masih tak cantek sama cam time Majlis Nikah dulu :: Eeee, menyampah tul ::

:: Mata memandang jurukamera :: Gambar yang diambil oleh jurufoto patik masih blom dapat lagi, kalau dah dapat...insyaallah nanti patik upload lain :: Mungkin pasti lebih clear berbanding dengan yang ini semua ::

:: Hadiah yang patik terima terdiri daripada 1 dapur gas, 1 rice cooker, 1 oven, 3 helai tuala mandi, 1 Ogawa Air Purifier Revitalisor, 2 pembakar roti, 4 bekas kuih, 2 termos, 1 saterika, 2 tupperware, 1 bekas simpan barang kemas, 3 set gelas air, 2 set cawan air, 2 jug pemanas air, 2 cadar & 1 album gambar ::

Thursday, November 20, 2008

Apa Dah Jadi Nih?

Salam...

Patik cuba nak upload gambar majlis kenduri patik pada 15hb. baru ni. Tapi entah la sebab apa takleh nak upload lak. So terpaksa la patik tangguhkan lagi.

Monday, November 10, 2008

BBQ Chicken

:: Ni makanan patik ~ Korean Charboiled + French Fries + Coleslaw + Golden Strip Salad ::

:: Jerk BBQ + French Fries + Coleslaw + Golden Strip Salad ~ makanan suami patik ::

:: Alhamdulillah, kenyangnya... tapi french fries takleh nak habiskan daa ::



Jalan-Jalan Makan Kenduri

:: Memperkenalkan suami patik & juga merangkap driver patik pada hari ahad yang lepas ::

:: Diminta senyum agar muka boleh di 'upload' di sini, [suka la tu...] ::

:: Perjalanan yang perlu menyeberangi laut dengan melalui Jambatan Pulau Pinang ::

:: Dah sampai rumah kenduri & patik click gambar pelamin ni ::

:: Ini lah pengantinnya...berbaju warna gold lagi ::

:: On da way ke Sg. Petani, patik sempat snap gambar sawah padi ni...damaikan? ::

:: Maxis ada buat promotion di tepi jalan. So patik dapat satu. Tapi tak sampai 1 jam belon tu dah meletup dalam keta, suma terkejut, padan muka...kahkahkah ::

:: Pastu kita orang lalu Jambatan Merdeka yang terletak berdekatan dengan Pantai Merdeka & dekat dengan Bertam kot. Patik tak pasti la...main hentam ja ::

:: Sampai di Sg. Petani, patik singgah di Alamoda. Di sini la patik beli lace untuk baju nikah & kenduri :: Kali ni lak patik sempat beli 2 pasang kain murah untuk dibuat baju. Sepasang 25 & sepasang lagi 30 henggit :: Alamak, lupa lak nak kenalkan...atas tu adalah model patung kepala teleng ::

:: Dah bertolak balik dah. Skarang ni atas kemuncak Jambatan Pulau Pinang :: Hari yang sungguh memenatkan ::

:: Patik snap gambar pulau. Ini lah Pulau Jerejak. Kalau takda halangan, kemungkinan bulan 12 ni patik & rakan-rakan ofis akan berkursus di pulau tu :: Harap-harap jadilah ye, dah rasa tak sabar dah ni ::

Salam...

Hari ni patik penat sangat. Penat berjalan dari hulu ke hilir. Ermm tengok la kalau patik free selepas ni patik akan upload gambar sepanjang 2, 3 hari yang lepas. Rasa dah ngantuk n dah nak titok ni. So daa...

Saturday, November 8, 2008

Jamuan DeepaRaya

Salam...

Hampir setengah hari patik dok adjust dis blog. Dan dengan bangganya mempersilakan :: Metaforaabadhi :: Hehehe...Lihatlah hasilnya. Sampai saket bahu patik ni haaa. Apa-apapun patik rasa agak puas hati dengan pencapaian patik setakat ini. Tapi perjuangan ini mesti diteruskan lagi, hahahaha.....

Semalam [Jumaat], pihak kolej patik ada buat jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri & Deepavali. Macam-macam makanan yang ada. Patik cuba nak rasa semua, tapi perut ni haa dah xbleh nak masyuk lagi. Patik ada ambil gambar, tapi dah rasa malas nak upload pulak.

Antara menu yang sempat patik bedal ;
  • Lemang
  • Rendang
  • Karipap
  • Buah Tembikai
  • Satay
  • Laksa
  • Mee Udang
  • Air Oren
  • Kerepek Ubi

Antara menu yang hanya mampu dilihat [sebab dah terlalu kenyang] ;

  • Tosai
  • Teh Panas
  • Bihun Goreng
  • Dodol
  • Agar-agar
  • Lontong
  • Sambal Ikan bilis

Ini ja menu yang patik ingat...

Thursday, November 6, 2008

:: Inilah kad Undangan Perkahwinan dari pihak pengantin perempuan ::

:: Dan yang ini pulak Undangan Perkahwinan dari pihak pengantin lelaki ::
:: Pilihlah yang mana satu berkenan dihati ::

:: Ni-lah tarikh kenduri patik & suami ::

:: Kata-kata undangan dari sebelah keluarga patik ::

:: Kenduri patik beralamatkan seperti yang di atas ::

:: Doakanlah untuk kebahagiaan kami berdua ::

:: Ni pulak pelan ke kenduri patik, jemput sila...sila... ::

Majlis Nikah Pada 1hb. November 2008

:: On da way gi Masjid Terapung Tanjung Bunga ::
.
:: Dah sampai di perkarangan masjid dengan muka selebeh sebab tension dengan bapa yang memaksa bersiap cepat ::

:: Duduk bersama ahli keluarga sebelah mak patik sementara menunggu tok kadi datang ::

:: Terserlah-lah wajah yang risau + gelabah bewak. Macam-macam difikiran patik masa tu, taktau nak cakap la...otak pun jadi cam biol-biol ::

:: Tok kadi & bakal suami [bakal lagi tau sebab blom akad lagi]. Tengok dari belakang dah la ye ::

:: Gambar akad ntah taktau dimana, tapi ni gambar tengah baca taklik. Maknanya, patik dah jadi isteri orang ler. Status dah bertukar maa ::

:: Selesai sudah majlis akad, sumanya dah kembali tenang & lega ::

:: Bergambar bersama suami dengan hantaran mas kawen, hehe...malunya ::

:: Berposing kaku depan jurufoto ::

:: Tengok tu, sampin suami patik tak kemas langsung, hehe ::

:: Gambar ni ok tak? ::

:: Thanks buat Syaaban yang sudi snap gambar kami berdua ::

:: Taktau nak tulih apa, hehe ::

:: Keluarga pihak suami sedang menjamu selera ::

:: Yang ini juga... ::

:: Member-member ofis yang sudi datang. Thanks buat Oyies, Azan, Amin & Kak Zu. Tak lupa juga buat MyVi yang sudi membawa mereka ke mari ::

:: Sireh junjung dari pihak patik ::

:: Sebahagian hantaran dari patik untuk pihak suami ::

:: Sireh junjung dari pihak suami ::

:: Hantaran dari pihak suami untuk patik ::

:: Jom patik zoom sikit gambar rantai tangan untuk patik yang baru dibeli 2 hari sebelum masjid nikah ::

:: Patik didatangi oleh seekor mahkluk perosak ::

:: Tak caya tengok ni... kan ada bukti tu. Memang si simba ni nak sabotaj barang-barang untuk pakciknya, nasib baik patik ada waktu tu, hehehe ::