Monday, August 31, 2009

Naik Harga

Salam...

Baru ni suami patik ada trima surat dari pihak astro mengatakan bahawa pakej sport akan dinaikkan harga mulai bil bulan depan. Untuk patik yang bukan kaki sport terutamanya bola sepak, patik berasa sangat2 la rugi kalau dikekalkan pakej yang sedia ada iaitu Famili + 2 mini pakej (cartoon & discovery) + sport.

Dengan tangan yang gatal patik ke website astro dengan menukar pakej yang sediaada kepada Famili + Movies. Selang sehari, pakej yang diapply tu telahpun dikemaskini. Walaupun kena tambah lagi 3 henggit dari pakej dahulunya, patik lebih rela.

So apa lagi, asyik dok nganga nengok movies ja la. Abih satu movies ke movies yang lain lak. Apa2 pun patik bahagia selagi bil belum sampai. Kalau bil sampai pun patik tetap bahagia jugak sebabnya bukan patik yang kena bayar pun, hehehe. Suami patik yang bayar. Tapi cian gak kat dia kerana channel kegilaannya dah takda iaitu 551 & 555. Sorry ya...

Makanan Berbuka

Salam...

Sabtu baru ni patik buat kuih buah melaka untuk berbuka. Kat bawah nun ada gmbr sebagai bukti, hehehe.



Ahad lak patik buat bihun sup. Sorry gambar tak amik sebab terlalu xcited sgt nak berbuka + lapar gila. Nasib baik bihun sup patik menjadi. Abih dengan jayanya la jawabnya...

Kuih buah melaka dan bihun sup atas permintaan suami. Ari ni dia dah keje petang, jadi patik tak buat apa2 la. Ingat nak berbuka ala kadar saja dengan KFC Shrimp Stix Combo ja kot.

Friday, August 28, 2009

Online

Salam...

Semenjak 2 menjak ni patik rasa teringin nak menjual apa-apa saja barang secara online. Rasa cam bes dan menjimatkan masa ja. Tapi masalahnya taktau nak jual barang apa? Korunk ada idea? Bagi tau la...

Masa Berlalu

Salam...

Dalam tak sedar hari ni dah 7 hari kita berpuasa. Cepatkan masa berlalu?. Lama sangat patik tak top up entri dalam ini. Nak kata sibuk? tak pulak. Nak kata takda crita? ada crita sebenarnya. Meh sini dekat-dekat, patik nak story mory sikit.

Dua hari lepas, (maknanya hari rabu lah ye). Patik ondaway balik keje. Tengah tunggu nak kuar simpang ke jalan utama, patik menyaksikan suatu kemalangan yang dasyat la jugak yang mana keta berlanggar dengan sebuah moto dari arah sisi. Keadaan penunggang yang terpelanting ke arah sisi keta tu dengan kaki di atas dan kepala di bawah membuatkan patik benar2 terkejut dan menjadi ketar. Cian nengok penunggang moto tu gara2 kecuaian pemandu keta yang memintas jalan utama. Walaupun tak parah, sakit tetap ada.

Jadi kepada pemandu2 keta atau penunggang motor, berhati-hatilah ketika memandu. Jangan ingat nak cepat sampai saja hingga menjadi cuai.

Friday, August 21, 2009

Ucapan Untuk Seluruh Umat Islam


Saturday, August 8, 2009

BBQ

Salam...

Malam jumaat lepas patik adakan suatu majlis kecil-kecilan. Buat jamuan BBQ. Nasib baik cuaca elok semalam. Memang best. Antara menu yang patik sediakan ialah :

  • Sosej panggang
  • Sotong panggang
  • Ikan panggang
  • Ayam panggang dengan mix herb
  • Udang panggang dengan sos lemon garlic
  • Baked potato dengan sos special
  • Fresh salad dengan italian sos
  • Kek
  • Buah tembikai + nenas
  • Air anggur

Cam nak buat lagi BBQ ni. Tapi nantilah dulu, mungkin time raya akan datang lak. Kepada griller, patik ucapkan tima kasih yang tidak terhingga, kerna tanpa mereka... pasti meja tak terbakar, hehehe...