Monday, August 31, 2009

Naik Harga

Salam...

Baru ni suami patik ada trima surat dari pihak astro mengatakan bahawa pakej sport akan dinaikkan harga mulai bil bulan depan. Untuk patik yang bukan kaki sport terutamanya bola sepak, patik berasa sangat2 la rugi kalau dikekalkan pakej yang sedia ada iaitu Famili + 2 mini pakej (cartoon & discovery) + sport.

Dengan tangan yang gatal patik ke website astro dengan menukar pakej yang sediaada kepada Famili + Movies. Selang sehari, pakej yang diapply tu telahpun dikemaskini. Walaupun kena tambah lagi 3 henggit dari pakej dahulunya, patik lebih rela.

So apa lagi, asyik dok nganga nengok movies ja la. Abih satu movies ke movies yang lain lak. Apa2 pun patik bahagia selagi bil belum sampai. Kalau bil sampai pun patik tetap bahagia jugak sebabnya bukan patik yang kena bayar pun, hehehe. Suami patik yang bayar. Tapi cian gak kat dia kerana channel kegilaannya dah takda iaitu 551 & 555. Sorry ya...

0 comments: