Salam...
Sepertimana yang korunk tahu patik dah ngandungkan? Tapi ada masalah sikit tentang kandungan patik ni. Ni patik nak ceritakan...
Pada 14.3.2009, patik pergi menjalankan ultrasound utk melihat kandungan patik di sebuah klinik swasta. Patik scan untuk melihat kedudukan kandungan patik samada di dalam @ di luar rahim. Ini sangatlah penting bagi setiap wanita yang mengandung. Sebab kita nak elakkan hal yang tak diingini dari berlaku. Time tu kalau ikutkan kiraan tarikh akhir period patik... patik dah ngandung 9 minggu. Tapi susah gak nak jangka, sebab selama ini pun period patik tak pernah yang teratur pun. Bila doc. tu scan, dia dapati saiznya dalam 6 minggu. Bila patik tanya, camna dengan kandungan patik, adakah dia dikedudukkan yang ok, doc. tu mintak patik tunggu dalam 30 minit sebab dia nak panggil seorang lagi doc. pakar.
Dia dah.... dalam pikiran patik mesti sesuatu yang tidak baik. Macam-macam persoalan yang timbul. Napa doc. tu saja yang bagi keputusan? Napa lak nak kena panggil doc. pakar pulak? Ni mesti ada yang tak kena ni...? Kerisauan yang teramat sangat.
Bila doc. pakar tu datang... patik dipanggil masuk. Setelah doc. tu scan... dia sahkan kandungan patik dalam rahim dan masih kecil lagi saiznya. Dalam 6 minggu macam tu...
Walaupun telah disahkan oleh doc. pakar, patik masih tak puas hati dan tak yakin. Macam-macam yg patik pertikaikan di dalam hati. Balik ja rumah patik jadi tak menentu. Di rumah patik tak henti2 surf cari bahan di internet tentang Kandungan Di Luar Rahim @ Ektopik.
Pada 23.3.2009, balik ja dari kerja. Patik dapati di seluar patik ada spotting. Time tu patik tak kesah sangat. Tapi bila keesokkan di tempat kerja, spotting tu masih lagi kuar. Patik jadi risau. Patik call klinik swasta tu, dan nurse mintak patik datang sana untuk buat pemeriksaan segera. Patik drive sendiri ke sana. Bila tiba di sana, doc. membuat ultrasound. Hasil scan didapati saiz kandungan patik masih berukuran 6 minggu walaupun telah 10 hari berlalu dari tarikh scan hari tu. Doc. tu menyarankan agar patik membuang kandungan tersebut. Patik terkejut sangat waktu tu... doc kata, kandungan patik tak membesar. Di dalam karung, tidak mempunyai janin. Ianya kehamilan kosong @ blighted ovum. Spotting yang turun itu menandakan ianya akan gugur.
Patik jadi buntu. Patik tak dapat nak bagi keputusan tanpa berbincang dan bertanyakan pendapat dari yg lain. So patik gtau doc tu, agar bagi masa. Patik akan fikirkannya dulu. So doc tu menyuruh patik datang pulak pada hari ni iaitu 28.3.2009. Patik diberi ubat untuk memperkuatkan rahim & MC 3 hari untuk berehat.
Setelah patik bertanya pada kawan-kawan sepejabat. Dia orang menasihatkan agar jangan dibuat D&C, kalau betul dia nak gugur... biarlah dia turun sendiri. Selain itu jugak, ada yang menyuruh patik refer ke pakar. Puas patik surf bahan berkaitan Blighted Ovum. Dulu surf tentang Ektopik & skarang ni tentang Bligted Ovum pulak!
Pada 24.3.2009, patik ke LWEH untuk berjumpa pakar gynae. Patik ada tunjukkan gambar ultrasound dari klinik swasta tu kepada pakar. Pakar tu buat ultrasaound. Hasilnya, didalam karung patik terlihat janin, walaupun ianya tak besar, tidak seperti gambar ultrasound dari klinik tu... langsung tak nampak apa. Ukurannya 6minggu 2hari. Doc pakar tu beri masa 2 minggu lagi. Doc memberi pelbagai jenis ubat utuk dimakan dalam tempoh 2 minggu ni. Doc kata, kandungan patik ok walaupun patik da gtau darah turun sikit2. Doc pesan kalau darah turun dgn banyak dan berasa sakit... segeralah berjumpa dia.
Tapi sampai sekarang... darah masih turun. Patik risau sangat. Tolonglah korunk doakan yang terbaik untuk kandungan patik ini ya. Amin...