Thursday, September 17, 2009

Cerita Lama

Salam...

Lama dah tak berkarya. Bukannya sibuk mana pun, tapi internet kat umah tu yang ada problem sikit. Tak sempat lagi nak inform pihak yang berkaitan.

Sepanjang kehilangan patik. Ada benda la jugak yg nak diceritakan. Antaranya, suami patik makeup kereta wiranya. Gambar kereta tak sempat nak snap lagi. Insyaallah, kalau ada kesempatan akan patik uploadkan di sini untuk tatapan orang diseberang sana.

Dua hari lepas patik ada terima hamper raya. Gambar dah snap, tapi tak upload pun. Hamper lebih kurang sama dengan tahun lepas dan lepas punya. Patik ucapkan ribuan terima kasih kepada si pengirim. Dah kawen pun masih dapat hamper lagi???

Semalam patik ke rumah kakak di Sungai Bakap. Berbuka posa di sana. Pastu tak pergi semayang terawih, kita orang ke Parit Buntar bershopping. Patik tak beli papun sebab baju yang berkenan kain lak tercarik. Frust gila.

Patik ada tempah biskut raya... tapi yang merisaukan, sampai hari ni biskut tak terima lagi. Mungkin petang ni kot. Sabtu ni lak, patik ingat nak buat biskut raya. Itupun tengok lah kalau masih tak raya lagi + rasa rajin.

Sabtu lepas patik balik umah mak mentua, tapi yang frustnya tak sempat nak belajar masak lauk asam pedas special ala-ala orang dulu dari mak di sana. Memang rasanya betul2 sedap.

Dan sebelah petang ni lak patik ada buat kenduri sikit. Belanja memember ofis makan nasi beriani bungkus ja. Rasanya sampai di sini saja cerita patik. Sekian.

Monday, August 31, 2009

Naik Harga

Salam...

Baru ni suami patik ada trima surat dari pihak astro mengatakan bahawa pakej sport akan dinaikkan harga mulai bil bulan depan. Untuk patik yang bukan kaki sport terutamanya bola sepak, patik berasa sangat2 la rugi kalau dikekalkan pakej yang sedia ada iaitu Famili + 2 mini pakej (cartoon & discovery) + sport.

Dengan tangan yang gatal patik ke website astro dengan menukar pakej yang sediaada kepada Famili + Movies. Selang sehari, pakej yang diapply tu telahpun dikemaskini. Walaupun kena tambah lagi 3 henggit dari pakej dahulunya, patik lebih rela.

So apa lagi, asyik dok nganga nengok movies ja la. Abih satu movies ke movies yang lain lak. Apa2 pun patik bahagia selagi bil belum sampai. Kalau bil sampai pun patik tetap bahagia jugak sebabnya bukan patik yang kena bayar pun, hehehe. Suami patik yang bayar. Tapi cian gak kat dia kerana channel kegilaannya dah takda iaitu 551 & 555. Sorry ya...

Makanan Berbuka

Salam...

Sabtu baru ni patik buat kuih buah melaka untuk berbuka. Kat bawah nun ada gmbr sebagai bukti, hehehe.



Ahad lak patik buat bihun sup. Sorry gambar tak amik sebab terlalu xcited sgt nak berbuka + lapar gila. Nasib baik bihun sup patik menjadi. Abih dengan jayanya la jawabnya...

Kuih buah melaka dan bihun sup atas permintaan suami. Ari ni dia dah keje petang, jadi patik tak buat apa2 la. Ingat nak berbuka ala kadar saja dengan KFC Shrimp Stix Combo ja kot.

Friday, August 28, 2009

Online

Salam...

Semenjak 2 menjak ni patik rasa teringin nak menjual apa-apa saja barang secara online. Rasa cam bes dan menjimatkan masa ja. Tapi masalahnya taktau nak jual barang apa? Korunk ada idea? Bagi tau la...

Masa Berlalu

Salam...

Dalam tak sedar hari ni dah 7 hari kita berpuasa. Cepatkan masa berlalu?. Lama sangat patik tak top up entri dalam ini. Nak kata sibuk? tak pulak. Nak kata takda crita? ada crita sebenarnya. Meh sini dekat-dekat, patik nak story mory sikit.

Dua hari lepas, (maknanya hari rabu lah ye). Patik ondaway balik keje. Tengah tunggu nak kuar simpang ke jalan utama, patik menyaksikan suatu kemalangan yang dasyat la jugak yang mana keta berlanggar dengan sebuah moto dari arah sisi. Keadaan penunggang yang terpelanting ke arah sisi keta tu dengan kaki di atas dan kepala di bawah membuatkan patik benar2 terkejut dan menjadi ketar. Cian nengok penunggang moto tu gara2 kecuaian pemandu keta yang memintas jalan utama. Walaupun tak parah, sakit tetap ada.

Jadi kepada pemandu2 keta atau penunggang motor, berhati-hatilah ketika memandu. Jangan ingat nak cepat sampai saja hingga menjadi cuai.

Friday, August 21, 2009

Ucapan Untuk Seluruh Umat Islam


Saturday, August 8, 2009

BBQ

Salam...

Malam jumaat lepas patik adakan suatu majlis kecil-kecilan. Buat jamuan BBQ. Nasib baik cuaca elok semalam. Memang best. Antara menu yang patik sediakan ialah :

  • Sosej panggang
  • Sotong panggang
  • Ikan panggang
  • Ayam panggang dengan mix herb
  • Udang panggang dengan sos lemon garlic
  • Baked potato dengan sos special
  • Fresh salad dengan italian sos
  • Kek
  • Buah tembikai + nenas
  • Air anggur

Cam nak buat lagi BBQ ni. Tapi nantilah dulu, mungkin time raya akan datang lak. Kepada griller, patik ucapkan tima kasih yang tidak terhingga, kerna tanpa mereka... pasti meja tak terbakar, hehehe...

Friday, July 31, 2009

Danish Farhan Hari Ke-21

Salam...

Atas permintaan si kuntum, patik uploadkan gambar anak buah patik. Maaf jika gambar kurang jelas sebab diambil mengunakan kamera handphone yang murah. Baru cukur rambut pada sebelah paginya dan terpaksalah si Danish ni pakai topi. Bertempekkan tisu didahi tu, sudah menjadi kebiasaan bagi bayi2 yang nak membesar...kan, kan...?

Danish Farhan (atas),

dan

Smurfs (bawah)

Cam sama je, hehe...

Sunday, July 26, 2009

Sesuatu Untuk Danish Farhan

Salam...

Kemarin patik kuar makan dengan suami di Seoul Garden. Rasa teringin lak nak makan di sana lagipun dah lama sangat tak makan di SG. Seingat patik, kali terakhir makan dengan Kuntum pada bulan 2/2009 yang lalu.

Disamping tu patik ingin mencari sesuatu barang untuk dihadiahkan kepada anak buah patik. Tapi yang penting, barang tu bukanlah pakaian. Sebabnya, patik nengok si Danish dah banyak sangat terima hadiah berbentuk pakaian.

Untuk mencari kelainan, dalam fikiran patik nak cari stroller, walker ataupun car seats untuk dihadiahkan.

:: Stroller patern ni takda masa time nak beli. Kalau ada, pasti stroller ni yang patik amik. Memang dalam fikiran patik nak beli yang ada kaler merah ::

:: Patik beli stroller ni. Namanya Espana Stroller dengan harga RM 269, tapi ada diskaun tau. Kan sekarang ni time MEGA SALE. Ni merupakan stroller yang standard. Kaler dalam ni nampak kusam, tapi kat luar kalernya cerah jugak tau ::

:: Walker ni juga mulanya mencuri perhatian patik. Tapi bila pikir punya pikir. Patik amik yang kat atas tu. Kalau tak silap harga walker ni RM 149 ::

:: Car seats ni pon menjadi perhatian patik. Tapi patik tak beli sebab lebih baik serahkan pada ibu dan ayahnya ja yang beli. Mungkin dia orang nak cari sama cam kaler keta depa atau sebagainya ::

Friday, July 24, 2009

Maggi Oh Maggi...

Salam...


Patik baru ja balik keje ni. Letih la jugak. Terus ke dapur prepare bahan-bahan untuk nak masak maggi, huahuahua... Tugasan untuk menyediakan bahan-bahan dah settle. Now...

Patik call chef untuk masak. So skrang ni tengah nunggu maggi diserve ja. Maggi oh maggi.... mana dikau ni?... tengah lapa sesangat nih....