Salam...
Puasa yang paling mencabar & menggugat keimanan patik hari ni...Alhamdulillah akhirnya patik berjaya juga menempuhnya dengan semangat juang yang agak tinggi, huhuhu. Mana taknya...xda dibuat org pindah pada siang hari dibulan puasa. Oooo, gerun sgt bila dpikirkan balik. Kul 11am camtu, lori sampai. So patik, pakdin & adik mula turunkan barang-barang yang hendak dihantar ke rumah kampung tok. 2 buah katil, 2 almari 2 pintu, 1 meja solek & kotak2 pakaian. Ada yang turun melalui tangga & ada yang dturunkan melalui lif. Selepas suma barang dah naik atas lori. Pastu patik kena follow lori untuk memunggah barang pulak bila dah sampai dirumah kampung tok. Bayangkan lah waktu tu dah time tengahari...barang pulak kena diletakkan dibilik atas. Pas ja disapu & dimop bilik tu, mula lah mengangkat barang-barang tadi naik. Mak oii, time tu la rasa dah tak terdaya. Tapi nak buat camna...tenaga perlu dikerahkan jugak. Takkan la nak biarkan bersepah ja di rumah tok begitu saja. Nanti tak pasal2 kena berleter. Kerja berat selesai dalam kul 2.00 ptg camtu. Time tu la tekak mula inginkan minuman berais. Patik bertiga tadi cam sepakat ja nak pekena air sirap. Tapi patik cuba tabahkan diri, hanya menghitung jam untuk berbuka ja...Alhamdulillah, sumanya berjaya ditempuhi. Patik selamat berbuka tadi dengan 2 gelas air Lai Chi Kang & sebungkus air Soya. Perhhh...lega rasanya...Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. "Pindah rumah dibulan posa diwaktu tengahari"
0 comments:
Post a Comment