Friday, October 24, 2008

Cerita Di Langkawi

CERITA NAIK FERI ::
Patik bertolak ke Pulau Langkawi pada 21/10/2008. Naik feri dari Pulau Pinang jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 3 jam camtu. Cuaca pada hari tu alhamdulillah ok. Feri yang patik naik singgah sebentar di Pulau Payar. Pemandang di situ cantik jugak. Patik sampai di Pulau Langkawi lebih kurang pukul 11.30 pagi camtu.
.
CERITA DI JETI KUAH ::
Bila sampai, patik dan kawan seofis g cari bateri jam sebab jam dia dah abih bateri. Pastu kita orang terus gi cari teksi untuk terus ke tempat penginapan iaitu di Hotel Helang.
.
CERITA DI HOTEL HELANG ::
Sampai di hotel, kita orang check in. Patik dan member dapat bilik no. 201. Patik letak beg di bilik, pastu terus amik teksi ke Padang Matsirat & makan tengahari di gerai luar.
.
CERITA DI PADANG MATSIRAT ::
Patik sempat beli tali untuk gantung kamera, sehelai baju, sehelai kain batik kaler hijau, sehelai kain pelikat & cenderamata untuk member lain di ofis. Tak lupa juga, patik sempat berposing di kawasan beras terbakar. Pastu patik balik ke hotel & berehat sementara menunggu kursus pada malam tu.
.
CERITA PADA 22/10/08 ::
Kursus sebelah petang habis awal. So patik dan yang lelain keluar gi jalan-jalan di Pekan Kuah. Di sana patik cuma beli gula-gula satu tin yang kecil, hehehe.
.
CERITA PADA 23/10/08 ::
Selepas majlis penutupan & penerimaan sijil dari Datin Dr. Norain, patik pun check out dari hotel. Rasa tak sabar nak balik. Patik bertolak dari Hotel Helang untuk ke Jeti Kuah lebih kurang jam 2 petang. Tiket feri patik jam 5.15 ptg.
.
CERITA DI JETI KUAH ::
Sampai ja di sana, patik pergi simpan beg sebab nak ronda-ronda di Dataran Lang. Patik sempat bergambar & makan ais krim walls. Pastu ke jeti semula sementara menunggu feri tiba.
.
CERITA DALAM FERI ::
Patik dapat tempat duduk di bahagian bawah. Air-cond feri tersangat la sejuk. Rasa cam nak beku kepala hotak. Cuaca time balik pun alhamdullilah ok. Patik tertidur dalam feri. Bila terjaga, rupanya dah hampir sampai. Feri selamat berlabuh jam 8.30 mlm. Di Penang, patik telah sedia ditunggu oleh Pakdin. Thanks Pakdin...tapi patik tak beli apa-apa pun buatnya, hehehe.

0 comments: