Salam...
- Tadi patik dah pun selamat menjalani ujian saringan HIV untuk bakal2 pengantin. So result pun dah dapat...sumanya okey. Alhamdulillah. Patik tahu la sebab result tu patik sendiri yang kena masukan ke dalam sampul yang bercetak SULIT.
- Esok lak patik nak kena pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut dengan my dad [wali]. Untuk serahkan Borang Permohonan Nikah beserta ditemuduga sekali. Arap2 ustaz yang nak interview tu muka tak bengis + serius. Patik bukan bleh, nanti pada perkara yang tahu pun bleh jadi tak tahu nak jawab. Biasa la darah gemuruh + glabah bewak <--- tahu ka?, biawak la....
- Risaukan? Apa la agak2nya soalan yang bakal ditanya tuh kan? Anyway...patik akan copy [ingat] soalan tu n paste kat sini sok. Jadi bleh la di share dengan korunk. Mana lah tahu...untuk nak dibuat persediaan bila tiba masa korunk lak nanti.
0 comments:
Post a Comment