Salam pada semua....
.
Ok, kat sini...patik ada uploadkan gmbr2 yang telah diambil pada hari sabtu yang lepas. Sumanya berkisarkan tentang kenduri kawen. Letih sungguh hari tu. Patik sekeluarga kena menghadiri majlis kawen sebanyak 3 buah rumah. Ok...mari sesama kita lihat....
:: Ini kenduri kawen rumah pertama. Pengantin masih blom bersiap. Patik cuma sempat ambil gambor pelamin dia aja. Kenduri ni di sekitar rumah patik. Cuma blok ja lain-lain ::
:: Pandangan sisinya ::
.
.
Pastu, patik sekeluarga meneruskan lagi perjalanan untuk menghadiri majlis kenduri di rumah yang kedua. Ni jauh la sikit. Kalau naik keta dalam 8 minit gak, itupun termasuk time berhenti di lampu stop, hehehe. Kenduri di sini, patik makan nasi lagi. Tapi tak banyak. Pengantin di sini mengenakan pakaian berwarna hijau. Cantik sangat warna bajunya. Tapi yang malangnya, time pengantin ni tiba dengan diiringi paluan kompang dari murid2 SKBF.... tukang ambil gambar (suami patik) pulak dah wak lari kamera tu. Dia baguih dok relek tunggu patik dalam keta. Patik punya la benggang. So, takda la gambar kenduri yang kedua 2. Hampakan, kan?
.
K, jom kita tengok lak majlis kenduri di rumah yang ke tiga. Di sini ada pengantinya....
.
:: Ini lak pengantin untuk majlis kenduri kawen yang ke-3 (terakhir). Dia orang takda pelamin :::: Pengantin pompuan ni sepupu patik. Suami dia lak, kawan kepada kakak patik ::
:: Dari kiri kakak patik, patik yang dah mula buat muka tak larat, Pn. Munirah (pengantin perempuan) & suaminya (Rostam) ::
.
.
Setakat ni saja la untuk kali ini. Rasa-rasanya, kenduri kawen dah mula berehat kot. Iya la, kan cuti sekolah dah nak berakhir. Patik pun dah naik letih asyik makan kenduri. Sepanjang bulan ni, blog patik dipenuhi dengan gambar2 pengantin jaa...
Setakat ni saja la untuk kali ini. Rasa-rasanya, kenduri kawen dah mula berehat kot. Iya la, kan cuti sekolah dah nak berakhir. Patik pun dah naik letih asyik makan kenduri. Sepanjang bulan ni, blog patik dipenuhi dengan gambar2 pengantin jaa...
0 comments:
Post a Comment