:: Kata-kata dari suami patik yang tercatat di dalam buku kecil ini ::
.
" Nukilan buat isteri tercinta...Azrina. Segala dugaan sepanjang percintaan telah kita lalui... Telah dijodohkan bahawa kita akan sama-sama melayari bahtera kehidupan setelah kita di ijab kabulkan tanggal 01 November '08. Sebagaimana kita impikan, kita sama-sama mencorakkan rumahtangga yang dibina. Ikhlas, sepanjang pertemuan kita P'Din terlalu gembira... Bersyukur ke hadrat ilahi kerana mendapat isteri yang cantik, memahami serta menyayangi diri ini. Terima kasih Ina... Akan membahagiakan dirimu, keluargamu dan zuriatmu. Tidak akan menyakiti hati & dirimu kerana P'Din terlalu menyayangi, mengasihi, merindui & mencintaimu...Azrina. Janji seorang suami kepada isterinya ( Din & Ina). Terima kasih kerana menerima diri ini sebagai teman sepanjang hayat (tt : Amir) "
0 comments:
Post a Comment