Salam...
.
Sepulangnya patik dari tempat kerja hari ni, patik telah memecahkan Penang Book of Record. Nak tahu apa yang berjaya patik pecahkan?. Patik telah berjaya melepasi sebanyak 17 tiang lampu isyarat tanpa berhenti daripada 19 tiang lampu isyarat yang sediada. Ini kerana ketika patik melaluinya, semuanya telah bertukar menjadi hijau [seperti hulk]. Perasaan patik ketika ini..... ahh, begitu bermegah sekali. Inilah julung-julung kalinya patik berjaya memandu sebegini tanpa diganggu @ dihalang oleh lampu isyarat selama 3 tahun 1/2 patik bekerja sebagai penjawat awam. Suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. [berlari-lari setempat tanda kesukaan, hoorayyy].
.
Ketika sampai dirumah, patik ada menerima sepucuk sampul surat dari sebuah pasaraya yang terfamous di sini, ia adalah TESCO. Patik berjaya memperolehi baucar tunai berjumlah RM 4.00. Wahh, wahh, wahh.... Nampaknya patik dah kaya. [ekeleh... dgn 4 henggit tu nak buat apa?]. So boleh la patik bershopping sakan di sana nanti. Esok jugak patik akan pergi. But now, patik nak list down barang2 yang akan diborong.
0 comments:
Post a Comment