Tuesday, January 27, 2009

Salam...
.
Hari ni last patik bercuti. Cuti 2 3 hari yang lepas, patik tak ke mana-mana. Cuma lepak dirumah ja. So ingat hari ni, patik nak pergi cari laksa kat Balik Pulau. Rasa teringin la pulak. Dah lama patik tak ke sana. Laksanya memang sedap. Hari tu ada masuk dalam rancangan tv3 Jalan-Jalan Cari Makan.
.
Patik plan, nak makan sana 1 mangkuk & 1 bungkus utk diwak balik [ni untuk isi perut patik saja tau]. Untuk famili lak...patik akan kira berapa kepala dan berapa bungkus yang perlu diwak balik nanti. Cuma harapan menggunung kat sini, harap gerai tu bukak lah ye. Kalau tak pasti kecewa gila. Dah la perjalanan nak ke sana bukan main jauh lagi. Lebih kurang 1 jam 45 minit dari rumah patik. Dengan jalannya yang bengkang bengkok. Naik bukit turun bukit lagi.
.
Kalau jadi la patik pergi petang ni. Patik akan cuba ambil gambar perjalanan semasa ke sana.

0 comments: