Friday, February 27, 2009

Baju Oh Baju...

Salam...
.
Hari ni suami patik hantar g kerja. So bila time balik patik singgah di Gurney Plaza untuk dapatkan baju yang (sedang/masih) terbayang-bayang diingatan. Harapan baju yang dilihat tempoh hari masih ada.
.
Nampak ja Padini, terus patik menerpa masuk. Ronda-ronda kat tempat kasut jap, pastu terus ke ruangan MIKI MATERNITY. Tercari-cari model patung berbaju merah. Nasib baik masih ada baju style tu...Syukur, ALHAMDULILLAH...
.
Memang lumrah patik...selalu beranggapan baju @ apa2 benda yang dilihat akan abih dibeli orang. Sebab tu la patik selalu tergopoh-gapah nak gi beli jugak!. Semalam baju tu terbayang-bayang, hari ni dah patik beli. Hahahaha... Jangan tiru TABIAT ini.... Sebab nanti bakal dimarahi oleh suamimu...
.
Nak tau apa yang special sangat tentang baju tu?....
.
:: Ia hanya sehelai baju tshirt yang simple...
.
:: Berwarna merah...
.
:: Berkolar bulat...
.
:: Berlengan 3 suku...
.
:: Yang nyatanya patik akan mula pakai dalam tempoh 4 @ 5 bulan lagi...
.
:: Berharga 89 henggit... tapi kalau beli melebihi 100 henggit akan dapat diskaun 20 henggit...
.....
....
...
..
.
Pastu patik & suami singgah makan di Nando's Chickenland. Walaupun baru ja bedal nasi ayam di ofis kul 3 ptg tadi... tapi percaya lah yang perut patik masih dapat (mengisi/menampung) lagi bahan makanan. Sungguh menggagumkan...
.
Abih ja makan, terus patik cau chin cau...
.
.
.

Beban Kerja Yang Menggunung

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
.
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.
.
1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.
.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.
.
Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.
.
Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.
.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja…
.
Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja…
.
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
.
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU… Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
.
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…
.
MANA AKU TAK LETIH?
.
.
:: Dicilok dari Mailbox jugak ::
.
.

Mengapa WANITA Sangat ISTIMEWA?

Mengapa WANITA sangat Isti mewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok da ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?

...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

:: Dicelok dari Inbox Patik untuk di share bersama ::

.

Salam...

Patik terjaga dari tido sebab perut rasa lapa.

Mandi & minum susu.

Sekarang ni tgh cuba nak YM guna mobile tapi tak tau nak buat camna.

Ada sesiapa yang tahu?

Tolong la ajarkan...

Monday, February 23, 2009

Appointment

Salam...
.
Patik baru ja balik dari klinik haiwan. Bawa kucing kesayangan dapatkan suntikan tahunan. Patik pun tak pasti, kalau tak salah suntikan untuk selsema & luekemia. So da next appointment pada 23/2/2010 pulak nanti. Ramai sungguh pesakit tadi. Lama patik menunggu.
.
Simba ni memang kucing yang benggis tapi PENAKUT tahap GABAN. Sampai doc tadi pun tersenyum dengan gelagat dia sebab xmo kluar dari cage. Siap doc menenangkan dia dengan bgtau juz 4 2 minute only.
.
Simba jadi penakut camni setelah dia pernah di operation bagi memandulkannya. Ingat lagi time tu, dia di bawa ke klinik pada sebelah pagi. Patik terpaksa tinggalkan dia. Sian dan sedih sangat time tu bila terpaksa tinggalkan dia sendirian. Dengan wajahnya yang penuh ketakutan dan kesedihan. Mungkin dia beranggapan patik akan meninggalkan dia. Nasib baik dia tu kucing jantan. So tak perlu la ditinggalkan di wad untuk satu hari. Pada sebelah petang patik dah bleh amik. Bila terima ja call dari pihak klinik, patik terus bergegas untuk mendapatkannya. Sebab patik tak sanggup dia tinggal bersendirian lebih lama lagi.
.
Yang patik tension sekarang ni bila doc bagi ubat cacing untuk bagi dia makan esok pagi. Pening patik dok memikirkan macam mana nak kasi dia makan. Nanti abih semua orang dicakarnya. Dia tu kalu setiap kali nak bagi makan ubat, sampai 2 3 orang kena pegang...tapi pasti patik semua tak menang. Kalu berjaya masukkan ubat dalam mulut dia sekali pun, pasti dia akan luahkan balik. Begitu jugak kalu ubat jenis syrup, pasti dia keluarkan balik dgn air liur yang berbuih-buih cam budak kena penyakit tarik.
.
:: Ini lah simba patik ::
:: Ini lak doc yang selalu merawatnya, namanya Dr. Amreet Singh Gill ::

:: Ini pulak kliniknya. Dibuka pada setiap hari dari pagi hingga ke petang & pada sebelah malam cuma dari 8.00 - 9.30 malam sahaja ::

:: Kad rawatan simba ::

:: Patik zoom sikit ::

:: Suntikan yang telah diterima ::

Sunday, February 22, 2009

Biar Gambar Berbicara

Salam...
.
Jumaat pas patik balik umah mak metua. Cuma tinggal semalam ja di sana sebab hari ni suami patik dah mula kerja. Patik balik dengan membawa buah tangan (buah jeruk special dari Penang + ikan terubuk masin dari Sarawak) untuk famili yang di sana. Cuaca di sana tersangat la panas. Kemarau...abih pokok-pokok kering kekuningan. Patik pun dah jadi resah gelisah sebab panas membahang.
.
Aktiviti pada hari sabtu - patik cuma siapkan nasi goreng untuk breakfast. Tghari tak perlu masak sebab ada kenduri. So selamat la... Patik g makan kenduri, pastu jalan-jalan umah sanak-saudara dengan membawa buah tangan dan pastu g menziarahi kubur bapa.
.
Kita orang bertolak balik ke Penang dalam kul 6.30 petang. Ondaway balik patik mintak suami singgah di SP A'lamoda sebab nak beli kain lagi. Kali ni patik grab 3 pasang kain. 1 jenis Batik Handprint... 1 jenis Batik Angkasawan & 1 jenis Spendex Silk. Tak tahu la bila bleh siap. Patik upah jahit pada mak ngah tanpa dikenakan bayaran okey. Jimat gila. Plz jgn jeles...
.
Dalam perjalanan dari SP ke Penang, suami patik cuba memotong sebuah treler. Tetiba ada sebuah bekas/kotak ikan di atas jalan yang terjatuh dari sebuah lori. Suami patik cuma dapat mengelak sikit saja sebab bimbang terlanggar pembahagi jalan. Terpaksa la kereta merempuh kotak tu. Kesan dari rempuhan tu, keta bercalar & lampu spotlight tertanggal. Memang patik betoi-betoi terkejut waktu tu. Tapi alhamdulillah la akhirnya kami selamat sampai.

Saturday, February 14, 2009

Kembali Lagi

Salam...
.
Patik baru ja balik dari jalan-jalan dengan si kuntum. Teman kuntum cari kain kat bazaar & beli perfume. Pastu terus ke GP makan lagi di SG. Tapi sesi kali ni agak mengecewakan bila ketam tak diserve. Frust sesangat, ingat pasni taknak makan di SG buat masa terdekat ni sebab dah hilang rasa ketagih. Orang agak ramai, maklumlah hari ni kan hari Valentine Day. Bagi patik, hari ni merupakan hari yang paling banyak kemaksiatan berlaku. [sowey jika agak keras kenyataan itu]. Sebab bukti ada di depan mata yang disaksikan oleh si kuntum. Wajah macam baru berumur bawah dari 15 tahun camtu, dah berani berciuman depan public, tak kisah orang disekeliling. Stop!, taknak crita hal ni lagi.
.
Pas makan, kita orang singgah gi beli body spray untuk suami patik. Tak tahu yang mana satu yang dia nak cari hari tu. Patik main agak ja. Cium ini, rasa dah betol, bila cium yang itu...dah mula get confuse. Sebab takut tersalah pilih wangian, patik wat keputusan untuk grab 2 jenis wangian. Bila balik, alhamdulillah dia kata 2-2 betol.

Ketenangan Hati

Hehehe...
.
Tajuk entri yang tersangat la pelik. Bukannya apa, sejak 1, 2 minggu ni patik rasa kurang tenang. Fikiran bercelaru. Macam-macam yang difikirkan. Dari pelbagai aspek. Tapi banyak yang menjurus kepada aspek kesihatan. Banyak persoalan yang ingin ditanyakan, tapi tak tahu kepada sapa yang patut diutarakan. Walaupun mata dipejamkan, badan ingin direhatkan, tetapi minda masih tak henti berfikir tentang itu dan ini.
.
So semalam adalah masa yang terbaik untuk menenangkan jiwa. Dengan memainkan alunan muzik sentimental oleh Kenny G...begitu membuatkan diri ini seolah-olah melihat pemandangan laut yang luas dalam keadaan yang sungguh romantik. Terasa rambut ini dibelai-belai oleh tiupan angin laut. Walaupun hakikatnya angin yang datang itu adalah dari sebijik kipas angin KDK. [kuakuakua...]
.
Kejap lagi patik nak kuar gi jalan-jalan cari makan....
.
:: Dibawah ini adalah antara gambar-gambar sekitar kawasan salah sebuat hotel di Batu Feringghi ::











Sunday, February 8, 2009

Salam...
.
Dah lama patik tak menulih di sini. Bukan malas, tapi patik tak tahu apa yang nak diceritakan sebenarnya. Okey, kali ni patik dah ada crita. Kelmarin patik kuar g GP dengan si kuntum. Memula tempat persinggahan kami adalah d SG. Makan di sana dari kul 1.30 hingga la 4.00 ptg. Memang puas sangat. Tapi sekarang ni patik teringin nak makan lagi la... Nak makan Octopus yang telah direkemenkan oleh si kuntum. Memang ranggup. Krup....krup bila dikunyah, hehehe.
.
Pastu kami ronda-ronda shoping. Patik beli 2 helai baju. Sama jenis tapi xsama kaler. Sebabnya 1 RM 20.00 kalau beli 2 jadik RM 29.00 ja. Tu pasal la patik terpaksa amik 2 helai. Patik beli gelang kristal & donut. Gelang kristal dengan harga yang tak sepatutnya dibeli. Tapi nak buat camna, hari tu ada patik tak nak belikan?. So rasakan sendiri, nak tak nak kena beli jugak takut nanti nyesal cam hari tu pulak.
.
Yang tak disangka, apa yang patik listkan barang yang perlu dibeli, satu pun patik tak beli. Yang barang entah apa2 yang patik g beli. So kali ni punya mission dah dikira gagal!. Bila dah gagal, lain kali bleh cuba lagi. Hehe...suka gitu...