Salam...
.
Jumaat pas patik balik umah mak metua. Cuma tinggal semalam ja di sana sebab hari ni suami patik dah mula kerja. Patik balik dengan membawa buah tangan (buah jeruk special dari Penang + ikan terubuk masin dari Sarawak) untuk famili yang di sana. Cuaca di sana tersangat la panas. Kemarau...abih pokok-pokok kering kekuningan. Patik pun dah jadi resah gelisah sebab panas membahang.
.
Aktiviti pada hari sabtu - patik cuma siapkan nasi goreng untuk breakfast. Tghari tak perlu masak sebab ada kenduri. So selamat la... Patik g makan kenduri, pastu jalan-jalan umah sanak-saudara dengan membawa buah tangan dan pastu g menziarahi kubur bapa.
.
Kita orang bertolak balik ke Penang dalam kul 6.30 petang. Ondaway balik patik mintak suami singgah di SP A'lamoda sebab nak beli kain lagi. Kali ni patik grab 3 pasang kain. 1 jenis Batik Handprint... 1 jenis Batik Angkasawan & 1 jenis Spendex Silk. Tak tahu la bila bleh siap. Patik upah jahit pada mak ngah tanpa dikenakan bayaran okey. Jimat gila. Plz jgn jeles...
.
Dalam perjalanan dari SP ke Penang, suami patik cuba memotong sebuah treler. Tetiba ada sebuah bekas/kotak ikan di atas jalan yang terjatuh dari sebuah lori. Suami patik cuma dapat mengelak sikit saja sebab bimbang terlanggar pembahagi jalan. Terpaksa la kereta merempuh kotak tu. Kesan dari rempuhan tu, keta bercalar & lampu spotlight tertanggal. Memang patik betoi-betoi terkejut waktu tu. Tapi alhamdulillah la akhirnya kami selamat sampai.
0 comments:
Post a Comment