Saturday, April 4, 2009

Deringan Telefon

Tadi kakak patik call. Dia menyuruh patik rekodkan tarikh dan apa-apa kejadian yang berlaku disepanjang tempoh patik mengandung dulu. Ini sebagai panduan & peringatan di masa akan datang katanya. Jangan ulangi cara & rutin yang sebelumnya. Jadikan ia sebagai teladan. Kakak juga sempat cerita pada patik tentang betapa risaunya bapa patik bila patik ada inform dia (bapa) dengan berita yang patik turun darah & kemungkinan yang bakal terjadi dengan kandungan patik tempoh hari.

Memang patik akui, time patik gtau dia (bapa) apa yang doc. klinik tu cakap... memang nampak kerisauan dia. Dia tak berkata apa cuma hanya mendengar. Tak sangka dia begitu risau. Tapi sekarang ni bapa patik dah rasa lapang dengan apa yang terjadi disamping rasa simpatinya pada patik yang diluahkannya pada kakak. Patik pun selamat & tak perlu buat D&C. Sebab ramai yang kata buat D&C itu memang menyakitkan.

Bapak ada jugak tanya kakak tentang keadaan patik selepas keguguran. Kakak gtau yang patik nampak lebih lega dan tenang dari dulu. Sebab dulu patik asyik risau & fikiran pelbagai kemungkinan.

Memang patik mengaku yang patik rasa lega & syukur sesangat bila allah telah amik "dia" dengan cara begini. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Patik akur akan ketentuan-Nya. Berkat doa dari keluarga... patik selamat. Perkara yang paling patik takuti tak berlaku pada patik.

Tahun ni, famili patik akan timang seorang cucu sulung ja la jawabnya. Kakak patik bakal melahirkan anak sulungnya pada Jun ini.

0 comments: