Salam...
:: CERITA PATIK, KAU & DIA ::
Now ni, patik dah taktau apa benda yang dah mula menyelinap dalam tubuh badan patik ni. Makin hari, makin malas rasanya. Pastu pulak, no idea yang nak ditaroh dalam entri ni. Tu pasal la dis month cuma baru ada 1 entri. Sungguh memalukan...
Bila pandang kanan, adik laki patik asyik membuta lagi. Bila pandang kiri, si simba pun dok terbungkang. So apa lagi yang nak dikatakan. Kesimpulannya... mereka pun sama cam patik. Malas & tak tahu nak dibuat apa. Ini tersangat la boring...
:: CERITA TOK PATIK LAK ::
Minggu lepas, pas balik dari wak adik patik menghadiri interview. Kita orang singgah makan tengah hari dulu. Elok ja selesai makan, kita orang dikejutkan dengan panggilan telefon. Makcik patik yang merangkap adik pompuan kepada bapa patik menelefon dan memberitahu yang tok patik terjatuh dari tangga. Apa lagi...bila dah terima panggilan tu, kita orang terus bergegas ke sana.
Bila sampai di sana, dilihat tangan tok patik dah dipakaikan kain ampuh. Kurang pasti dengan apa yang telah terjadi dengan tangannya. Samada patah @pun sendi terkeluar, kita orang buat keputusan untuk membuat ujian imbasan di klinik dulu.
Bila di klinik, doc yang melihat telah mensyorkan agar tok dibawa kepada pakar. Tanpa dikenakan sebarang bayaran perkhidmatan dari pihak klinik tu, patik dan makcik terus bawa tok ke hospital yang terdekat iaitu Adventis Hospital. Di sana, tok diperiksa itu dan ini. Setelah mendapat laporan daripada ujian imbasan. Jadi comfirm lah yang tangan tok terkeluar sendi di bahagian bahu.
Memandangkan usianya sudah mencecah 79 tahun 5 bulan pada waktu itu. Doc mensyorkan agar tok dibius seluruh badan agar tidak menyakitkannya pabila tulang pada lengannya diperbetulkan nanti. Operation mengambil masa cuma 15 minit sahaja. Selepas tu, tok dipantau tahap kesihatannya. Dalam tempoh pemantauan, tetiba ja tekanan darah tok meningkat. Jadi tok dikehendaki agar bermalam di wad.
Selang keesokkan harinya, tok dibenarkan pulang. Kepada doc yang merawat tok iaitu Dr. Ajay Kumar, patik sekeluarga mengucapkan terima kasih berbanyak. Melayang duit RM 2k. Tapi nak buat camna, perkara dah nak jadi kan?
Menceritakan kembali detik yang terjadi pada petang kejadian tu. Tok yang telah berusia 79 tahun 5 bulan tu merasakan dirinya begitu muda remaja sehinggakan dia sanggup memanjat tangga untuk menyarungkan buah cempedak. Akibat pening mendonggak, sebab tu la dia terjatuh bersama-sama dengan tangga yang dipanjatnya itu.
Hasil pemeriksaan dan kajian terperinci patik. Tok hanya berjaya menyarungkan sebiji buah sahaja sebelum dia terjatuh. Setelah diteliti dan dikira tambah tolak dan darab. Buah cempedak tu, kalau dijual pun hasil pulangannya tidak la mencecah RM 2k.