Friday, May 29, 2009

Oh PC Ofis...

Salam...

Lama patik menyepi dan datang kembali dengan berita yang menyedih, menggeram dan membenggangkan [ayat apakah ini?, sangat pelik bunyinya]. Geram yang teramat sangat bila tertiba ja pc patik di ofis jatuh sakit. Jatuh sakit yang agak parah. Aduh...tension rasanya. Time-time gini la dia nak wat hal.

Patik dah call doc, tapi doc tu takleh nak datang lagi. Hari Isnin ni baru dia boleh datang untuk merawat pc patik yang dah nazak tu. Kemungkinan pc patik akan dimasukkan ke wad ICU [reformat balik]. Mengambil masa dalam satu hari. Lama tu, so Isnin ni patik datang nak wat keje apa?. Makan gaji buta la jawabnya [tapi boleh ka macam tu?].

Apa-apapun terpaksa la patik menunggu agar dia kembali pulih. Yang paling penting, jangan la hilang suma data patik di dalam tu. Harapan agar dia dapat menyelamatkan pc patik tu.



0 comments: