Tuesday, December 30, 2008

Salam...
.
Tadi petang patik singgah lagi ke klinik hari tu. Kali ni sebab patik rasa sakit pada bahagian perut & pinggang 2 hari yang lepas masih tak nak hilang. Mungkin sebab angin @pun sebaliknya.
.
Lama sungguh kali ni patik menunggu. Sebab hari ni banyak sungguh pesakit di klinik tu. Alhamdulillah masih berjumpa doc yang sama macam yang sebelum ni. Doc macam biasa la bertanyakan pada patik, apa lak masalah untuk kali ini. So patik pun terangkan la satu persatu. Doc mintak patik baring & perut patik ditekan-tekan.
.
Untuk mendapatkan kepastian yang lebih tepat, patik bersetuju untuk menjalankan Ultrasound pada bahagian buah pinggang patik. Lebih kurang 10 minit jugak doc scan. Keputusan yang belum pasti ialah patik perlu di refer ke GH bahagian Urologi. Doc kata melalui hasil pemeriksaan, patik ada Cyst On Kidney. So, esok jugak patik akan ke GH ditemani oleh kakak.
.
Patik teramat-amat la risau kini.

Monday, December 29, 2008

Kenduri Kahwin Lagi...

Salam pada semua....
.
Ok, kat sini...patik ada uploadkan gmbr2 yang telah diambil pada hari sabtu yang lepas. Sumanya berkisarkan tentang kenduri kawen. Letih sungguh hari tu. Patik sekeluarga kena menghadiri majlis kawen sebanyak 3 buah rumah. Ok...mari sesama kita lihat....

:: Ini kenduri kawen rumah pertama. Pengantin masih blom bersiap. Patik cuma sempat ambil gambor pelamin dia aja. Kenduri ni di sekitar rumah patik. Cuma blok ja lain-lain ::

:: Pandangan sisinya ::
.
.
Pastu, patik sekeluarga meneruskan lagi perjalanan untuk menghadiri majlis kenduri di rumah yang kedua. Ni jauh la sikit. Kalau naik keta dalam 8 minit gak, itupun termasuk time berhenti di lampu stop, hehehe. Kenduri di sini, patik makan nasi lagi. Tapi tak banyak. Pengantin di sini mengenakan pakaian berwarna hijau. Cantik sangat warna bajunya. Tapi yang malangnya, time pengantin ni tiba dengan diiringi paluan kompang dari murid2 SKBF.... tukang ambil gambar (suami patik) pulak dah wak lari kamera tu. Dia baguih dok relek tunggu patik dalam keta. Patik punya la benggang. So, takda la gambar kenduri yang kedua 2. Hampakan, kan?
.
K, jom kita tengok lak majlis kenduri di rumah yang ke tiga. Di sini ada pengantinya....
.
:: Ini lak pengantin untuk majlis kenduri kawen yang ke-3 (terakhir). Dia orang takda pelamin ::

:: Pengantin pompuan ni sepupu patik. Suami dia lak, kawan kepada kakak patik ::

:: Dari kiri kakak patik, patik yang dah mula buat muka tak larat, Pn. Munirah (pengantin perempuan) & suaminya (Rostam) ::
.
.
Setakat ni saja la untuk kali ini. Rasa-rasanya, kenduri kawen dah mula berehat kot. Iya la, kan cuti sekolah dah nak berakhir. Patik pun dah naik letih asyik makan kenduri. Sepanjang bulan ni, blog patik dipenuhi dengan gambar2 pengantin jaa...

Thursday, December 25, 2008

Semalam (Rabu), time kerja patik ada terima panggilan telefon dari Focus Point. Panggilan yang patik nanti-nantikan sejak dari hari ahad yang lalu. Jurujual tu bagitau yang spec patik dah pun siap. Anytime patik leh datang ambil.

.
So apa lagi, abih ja time kerja, patik terus ke Gurney Plaza. Ni patik nak tunjuk pada semua spec yang patik tempah hari tu. Ramai yang kata spec ni tak cantik. Ntah la, patik no idea. Apa pendapat u all? Bagi la komen sikit, plzzzz....

:: Jenama Koali. Patik pun tak penah dengar dis jenama seblom ni. Ni websitenya http://www.koali-eyewear.com/ ::

:: Kotaknya ala-ala ginjal camtu ::

:: Nilah dia spec mata tu. Design tepinya berkonsepkan Goura ::
.
Disamping tu, dis jenama ada banyak konsep. Diantaranya Fern, Ginkgo, Heliconia, Manta Ray (Sejenis ikan pari) dan Spiderplant.
.
Seblom pilih design ni, patik dah cuba banyak jenis spec. Tapi semuanya tak sesuai dengan muka patik. Cuma design ni ja yang kira ok sikit.


Majlis Pertunangan Sepupu Patik

:: Hantaran dari patik ::

:: Hantaran dari kakak patik ::

:: Cantik kan sireh junjung ni? ::

:: Antara hantaran dari pihak perempuan. 25 jenis hantaran kesemuanya ::

:: Inilah sepupu patik, namanya Elina ::

:: Bersama ibunya (mak saudara patik la tu) ::

Tuesday, December 23, 2008

Rabun Jauh

:: Ini lah spec mata patik yang baru ditempah di Focus Point ::
.
.
Ahad baru ni patik gi Gurney Plaza dengan si kuntum. Pastu patik singgah la di Focus Point untuk check mata sb rasa tak puas bila tgk jauh, jadi kembang-kembang camtu. Bila berjalan kat supermarket ka...pi rumah kenduri ka....rasa tersiksa sangat penglihatan ni. Bila dah check, so sah la patik dah rabun jauh (kiri & kanan 100). Tapi yang herannya, patik tak pulak rasa pening2. Dengan adanya si kuntum, patik minta bantuannya untuk memilih cermin mata yang sesuai dengan muka patik yg bertudung ni. Try sana, try sini. Akhirnya, dia orang kata [si kuntum & kak rohana si penjual spec] yang atas tu sesuai dengan muka patik. Dengan sepenuh kepercayaan kepada depa 2 orang. Patik pun belilah spec tu. 3 4 hari lagi ingat siap la tu.

Aktiviti Hampir Seminggu

:: Perkahwinan kawan patik (lelaki). Kawan dari sekolah tadika lagi ::

:: Namanya Shahilman, tapi nama isterinya patik terlupa / taktau, hehehe ::

:: Ini lak gambar pernikahan sepupu patik (perempuan). Cuba tengok muka dia orang? Samakan, kan?. Cam adik dengan abang la ::

:: Pengantin perempuan nama Munirah & suaminya nama Rostam ::

:: Ikan dah tinggai tulang yang dah dimakan oleh patik, suami, mak & bapak ::

:: Time ni pesanan baru sampai. Bila patik tengok balik, alamak terliur dibuatnya. Rasa cam nak pi makan lagi ::

:: Kita orang makan Ikan Siakap, Ikan Jenahak & yang sekor lagi patik tak tahu namanya. Rupanya cam ikan bawal sikit. So lu pikir la sendiri... ::

:: First menu sebagai pembuka selera & di minum bersama-sama seJar air kelapa + buah asam ko. Sedap gila ::

:: Ini perkahwinan sepupu patik (perempuan) ::

:: Pengantin perempuan nama Normarini & yang lelaki patik tak tahu namanya, huhu ::

:: Ini perkahwinan kawan patik (lelaki) . Ini pun kawan dari tadika lagi. Namanya Jefri ::


P/S : Gambar tersalah upload. Yang dari bawah tu lebih awal dari yang di atas. So pandai-pandai korunk la, hehehe. Malas dah nak buat semula.

Salam...
.
Suka sangat bila tadi patik dapat hadiah kawen lagi. Pemberian ikhlas dari Unit Illustrasi. Thanks buat dia orang. Cantik sangat cadar tilam yang dia orang kasi. So masuk dengan yang ini menjadikan 31 hadiah kesemuanya. 26 hadiah yang patik terima dan yang sekurangnya suami patik terima, huhuhu....

Tengah Hapy Ni...

Salam...

Tadi patik gi jumpa doc. So da result, patik ok... sihat walafiat. Takda jangkitan, takda batu karang. Hari tu nya sakit sb kureng langgah air masak, hehe. Start dari hari tu, ke mana patik pegi pasti wak botol air masak bersama-sama. Insyaallah, patik cuba takkan tinggaikan botol tu. Patik akan maintain meminum air masak. Kepada korunk yang prangai macam patik, berubah la demi kesihatan diri sendiri :)

Wednesday, December 17, 2008

How many faces can you find?


To test your intelligence :
.
:: If you can find 0 – 5 faces = idiot
:: If you can find 6 – 7 faces = stupid
:: If you can find 8 – 9 faces = normal
:: If you can find 10 – 11 faces = very normal
:: If you can find 12 – 13 faces = genius
.
.

Salam...
.
Baru ni patik ke Teluk Batik untuk berkursus. Anjuran tempat kerja patik. Kita orang pegi dengan 2 buah bas. Best la jugak. Tapi yang patik kesali skrang ni adalah sejak balik dari berkursus patik asyik ke toilet ja kerna kencing tak lawas. Antara sebab-sebabnya patik suka tahan kencing. Iya la, segan rasanya nak kuar dari dewan kursus time penceramah bercakap. So tahan ja la... Bila time break baru nak lari cari toilet. Disamping tu jugak patik teramat-amatlah kurang minum air masak. Boleh dikatakan sehari mungkin segelas ja. Yang selebihnya untuk menghilangkan dahaga dengan minum air yang manis2, hehehe. Bukan sekali 2 patik amalkan perkara sebegini, dah lama dah pun... So skrang ni trima la padahnya.
.
Sebab semalam masih tak nak baik. Kejap ok, kejap tak. Patik sampai berkali-kali bangun ke toilet. So patik buat keputusan untuk jumpa doc. Time balik keje tadi, patik singgah ke klinik. Pas crita itu & ini pada doc, patik terpaksa buat urine test. Sah la patik ada masalah. Doc bagi ubat n mintak patik datang balik pas 5 hari untuk check kalau2 ada batu karang. Doc arahkan patik minum air masak 3 liter sehari, huhuhu.
.
p/s : Doakan kesihatan patik yer....

:: Ubat + Urine Test = RM 45.00 ::

Monday, December 8, 2008

Tunggu Punya Tunggu

Salam & Selamat Malam...

Skarang ni patik tengah nunggu suami balik dari keja. Kalau ikutkan, dia abih keje kul 11.00 mlm. Tapi biasa la dengan dia tu, rajin + kuat bekerja sampai tak ingat nak balik. Pasni patik akan bertolak ke Teluk Bahang bagi menyambut raya Aidiladha bersama keluarga di sana. Taktau lah kul brapa nak bertolak. Sebab skarang ni muka idung dia pun tarak nampak lagi. Patik jangka dalam kul 1.00 pagi lebih2 kot.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sunday, December 7, 2008

Salam Aidiladha...


1st. Breakfast

Pagi ni patik buat 1st. breakfast untuk suami. Selepas nikah, patik tak penah buat lagi untuknya. Menu breakfast pagi tadi ialah ;
  • Secawan Air Kopi [Superrrrr PoOOooower,hehehe],
  • Dua keping roti yang telah dibakar,
  • Kacang Panggang,
  • Dua batang sosej + cendawan.

Siap patik serve kat bilik lagi. Tapi melampau lak nengok dia ni. Pas makan titok balik.

Hari Ini Dalam Sejarah [6hb. Disember 2008]

Salam...
.
Buat pertama kalinya patik naik motor dengan suami. Sepanjang pekenalan sejak 28/6/2002, patik langsung tidak berkesempatan naik motor. Famili patik tak kasi. Dia orang cakap kurang sopan. [apa yang kureng pun patik tak paham]. Tapi semalam patik dah bebas naik motor tanpa ditegur oleh sesiapapun. Hoorayy...
.
Patik naik motor ke Tesco waktu matahari dok atas kepala. Tak pulak rasa bahangnya. Mungkin sebab xcited kot, hehehe.... Beli barang cam biasa ja. Terlupa lak naik motor Lagenda. Ruang menyimpan barang bukannya ada pun. Kalau skuter tu takpa la. Alih-alih, terpaksa la patik pegang dengan tangan. Jadilah kurang selesa. Lengoh pinggang dibuatnya. Apa-apapun best...

Friday, December 5, 2008

Suami patik ada sesuatu yang nak ditaip dalam blog patik ni. Dia kata banyak yang dia nak tulih dalam buku kecik tempoh hari tapi tak dapat. So patik bagi cadangan untuk taip saja di sini. Coret la apa-apa yang ingin dia luahkan. Tapi patik tak pasti bila dia ada kelapangan masa untuk berbuat begitu. Sebab sekarang ni dia asyik sibuk bekerja. Bila balik keje, dah letih. So sama-sama la kita tunggu... [ada ka orang lain yang nak turut tunggu macam patik ni? kalau ada angkat tangan...]

Salam dan selamat malam...
.
Patik baru ja abih baca email. Tadi server patik ada wat hal sikit, tapi skrang ni dah ok dah. Taktau nak tulih apa. Cuma ingat esok nak pegi ke butik pengantin untuk nak serahkan baju yang telah disewa hari tu. Tengok la...itu pun kalau patik rajin & ada kesempatan masa utk pegi. Album gambar majlis nikah & persandingan ari tu dah siap. Tapi patik blom pegi amik lagi. Sabar yaa...
.
Pada 14/12/2008 ni, majlis kenduri kawen kawan patik. Tapi patik tak dapat nak pegi sebab terpaksa menghadiri kursus anjuran tempat keje patik sendiri. So maaf la ye jeff. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT JEFRI & PASANGAN. Tapi jangan risau, patik akan cuba pos suami patik untuk ke sana.
.
Pada 21/12/2008 ni lak, satu lagi majlis kenduri kawen kawan patik. Kali ni patik dapat pergi, insyaallah. Katanya mereka berpakaian ala-ala design erra fazira. Rasa tak sabar lak nak pegi. Nanti patik snap pic pasangan tu ok. Ala...patik takda pakaian yang cantik la untuk hadir majlis tu. Nak pakai baju apa ek?. Baju yang patik tempah tu blom siap sebab kain blom sampai lagi. Ermm....camna ekk?

Wednesday, December 3, 2008

Nukilan dari Dataran Lang

:: Kata-kata dari suami patik yang tercatat di dalam buku kecil ini ::
.
" Nukilan buat isteri tercinta...Azrina. Segala dugaan sepanjang percintaan telah kita lalui... Telah dijodohkan bahawa kita akan sama-sama melayari bahtera kehidupan setelah kita di ijab kabulkan tanggal 01 November '08. Sebagaimana kita impikan, kita sama-sama mencorakkan rumahtangga yang dibina. Ikhlas, sepanjang pertemuan kita P'Din terlalu gembira... Bersyukur ke hadrat ilahi kerana mendapat isteri yang cantik, memahami serta menyayangi diri ini. Terima kasih Ina... Akan membahagiakan dirimu, keluargamu dan zuriatmu. Tidak akan menyakiti hati & dirimu kerana P'Din terlalu menyayangi, mengasihi, merindui & mencintaimu...Azrina. Janji seorang suami kepada isterinya ( Din & Ina). Terima kasih kerana menerima diri ini sebagai teman sepanjang hayat (tt : Amir) "

2hb. Disember 2008

:: Dari rumah suami ke Jeti Kuala Kedah bagi menghadiri kenduri kahwin di Pulau Langkawi. Pemandangan sawah padi & Gunung Jerai ::

:: Bergambar bersama sepasang jam tangan Roscani ::

:: Hadiah dari patik kepada suami bagi mengisi perut yang kosong [ kejamnya :) ] ::

:: Inilah bilik pengantin di Langkawi ::

:: Patik dengan wajah keletihan ::

:: Pelamin di rumah pengantin di Langkawi ::

:: Mengambil kesempatan untuk bergambar di pelamin, hehehe ::

:: 5 hadiah yang patik terima di kenduri rumah suami patik ::

Majlis Kenduri Suami Patik 29hb. November 2008

:: Marshall yang mengepalai rombongan patik ::

:: Hehe...kebetulan saja la ::

:: Dalam perjalanan dari Penang ke Kedah ::

:: Singgah di R & R Gurun ::

:: Bertemu dengan mak patik yang kelihatan sedih sebab anaknya ini bakal ditinggalkan di rumah mentua ::

:: Rombongan patik telah sampai di halaman rumah suami patik ::

:: Antara rombongan patik yang ikut serta ::

:: Pertembungan di antara kedua-dua belah pihak pengantin ::

:: Patik yang lebih tinggi dari suami kerana mengenakan kasut bertumit 3 inci ::

:: Apa yang dikatakan oleh suami patik pun patik dah tak dengar time tu ::

:: Kakak patik sebagai pengapit patik & adik ipar sebagai pengapit suami patik ::

:: Antara para hadirin yang menunggu kedatangan pengantin ::

:: Berjalan menuju ke meja makan ::

:: Kenapa suami patik senyum macam tu? Peliknya... ::

:: Tengah lapa dah ni ::

:: Apa la yang dikatakan oleh suami patik kepada ibu mertuanya? ::

:: Lauk yang terhidang di atas meja ::

:: Ish, mana nasinya ni? Dah lapa sangat ni ::

:: Cili bersama pengantin ::

:: Inilah bilik patik :: Terpaksa tinggal di sini selama 4 hari 3 malam, hua... ::

:: Gambar yang kurang jelas ::