Tuesday, January 27, 2009

Salam...
.
Patik dah pergi pun makan laksa di Balik Pulau. Mak oii orang punya la ramai. Sampai nak beli goreng pisang & ubi pun kena Q. Patik mintak maaf sebab tak dapat nak menguploadkan gambar semasa perjalanan di sana. Sebabnya, kamera terlupa nak bawa.
.
Di sana patik & famili makan 5 mangkuk dan pastu tapau 9 bungkus. Orait la tu kan...

Salam...
.
Hari ni last patik bercuti. Cuti 2 3 hari yang lepas, patik tak ke mana-mana. Cuma lepak dirumah ja. So ingat hari ni, patik nak pergi cari laksa kat Balik Pulau. Rasa teringin la pulak. Dah lama patik tak ke sana. Laksanya memang sedap. Hari tu ada masuk dalam rancangan tv3 Jalan-Jalan Cari Makan.
.
Patik plan, nak makan sana 1 mangkuk & 1 bungkus utk diwak balik [ni untuk isi perut patik saja tau]. Untuk famili lak...patik akan kira berapa kepala dan berapa bungkus yang perlu diwak balik nanti. Cuma harapan menggunung kat sini, harap gerai tu bukak lah ye. Kalau tak pasti kecewa gila. Dah la perjalanan nak ke sana bukan main jauh lagi. Lebih kurang 1 jam 45 minit dari rumah patik. Dengan jalannya yang bengkang bengkok. Naik bukit turun bukit lagi.
.
Kalau jadi la patik pergi petang ni. Patik akan cuba ambil gambar perjalanan semasa ke sana.

Thursday, January 22, 2009

Salam...
.
PERTAMA - Setelah berbulan lamanya patik menunggu handphone Sony Ericsson Model **** dipasaran [taknak gtau modelnya, nanti korunk kutuk], akhirnya berkesudahan dengan 'jayanya', hehe. Hari ni (Selasa) patik terbaca iklannya dipaper, dan hari ini jugaklah patik g beli. Hahahaha...Very crazy frog patik ni.
.
KEDUA - Hari ni (22/1/2009) appointment patik dgn doc urologi. Kali ni patik dapat berjumpa doc. Cerita itu, cerita ini...semuanya tentang rasa sakit / kurang selesa patik pada 31/12/2008. Cerita yang dah jadik lapok pun. Pastu patik ambik ubat. Disetiap kaunter yang patik diarahkan pergi...mak oii tunggunya bukan main lama lagi. Patik keluar ofis dari pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 11.20 pagi. Bayangkan kalau di ofis brapa kerja patik dah dapat siapkan?. 11/3/2009 kena datang untuk ujian dan 18/3/2009 jugak. Cubalah bayangkan dari 31/12/2008 ke 22/1/2009 akan ke 11/3/2009 dan ke 18/3/2009? Hanya untuk mendapatkan pengesahan betoi ka patik ada penyakit ni, patik terpaksa menunggu berbulan-bulan. Tapi tak dinafikan, pelanggan memang ramai.
.
KETIGA - Dah takda cerita dah pun. Patik nak menyebokkan diri dengan kerja lain lak. Daa...
.
.
.

Monday, January 19, 2009

Salam...
.
Ahad 18.1.09, patik n kuntum g GP. Patik ngekoq kuntum untuk amik spec. Dikesempatan yang ada, patik g beli DONUT. 6 bijik RM 11.50. Rasanya boleh tahan. Agak manis. Tapi patik tak suka manis, hehehe. Alhamdulillah kesemua 6 bijik donut tu selamat dimakan. Orang ni rasa sikit, orang tu rasa sikit...abih jugak akhirnya.
.
Time ronda tu, patik ada singgah di satu gerai. Patik kenan sangat pada rantai tangan batu kristal. Kalernya cantik...soft ja. Design pun okey. Harga cuma RM 19.90 saja. Patik tak beli pun. Tapi sekarang ni, patik rasa nyesal lak sebab tak beli. :( . Bila lak nak pegi sana lagi?

Saturday, January 17, 2009

Big Apple Donuts

Salam...
.
Bila terbaca entri si kuntum tentang DONUT tu...rasa teringin sesangat. Patik tak penah cuba rasa lagi, tapi sungguh ka sedap sangat?. Biasa la time perut tengah lapa...suma makanan jadik teringin. Time ada peluang hari tu, tak pulak beli. So pasni kalau patik ke GP, patik pasti g beli....
  • Marble Duke @ Hawaii-Five-0 [patik suka rasa apple]
  • Duren-Duren [sb kuntum kata sedap sangat]
  • Mango Tango [patik suka mango]

Editor's Hall of Fame - If you are new to Big Apple Donuts and still wondering what for the first tries, here are the top 3 flavourites from our Editor to get you started.

  • 1st - The Alien
  • 2nd - Duren-Duren
  • 3rd - Chococino

Sowey...

Hehe....sowey ye sebab dah lama tak update. Sebabnya.....kebelakangan ni patik takda citer yang nak dceritakan. Rutin yang sama ja yang dilalui... pergi kerja n pastu bila dah cukup ja time terus cabut. Takda masa nak stay lelama kat ofis yang macam chiller tu.
.
Ermmm, tetiba ja rasa cam teringin nak makan laksa kat Balik Pulau la. Kuntum, kau penah makan disana tak? Nak pegi tak? Jom arr? Jangan sampai patik ubah pikiran lak.... Kau nak p ka tak nak ni?
.

Saturday, January 10, 2009

Frust Sesangat

Eeee.......
KECEWA + GERAM sangat ni.
Kuar p shopping dgn kuntum tadi terjumpa la kasut.
Memang dah berkenan gila, tapi lagi-lagi saiz dah abih....dah abih....dah abih....
dah takda kenyataan lain lagi dah!
Nyampah tol.
Dari QB ke GURNEY, dgn harapan dapat beli.
Tapi kat situ lagi hampeh...tumit kasut pun tak nampak langsung.
Patik masih tak putus asa. Esok kalau tak keberatan patik akan try gi cari di PRANGIN lak. Arap2 la dapat di situ.
Plss....tolong la doakan patik wahai si kuntum oiii........

Thursday, January 8, 2009

Salam...
.
Sepulangnya patik dari tempat kerja hari ni, patik telah memecahkan Penang Book of Record. Nak tahu apa yang berjaya patik pecahkan?. Patik telah berjaya melepasi sebanyak 17 tiang lampu isyarat tanpa berhenti daripada 19 tiang lampu isyarat yang sediada. Ini kerana ketika patik melaluinya, semuanya telah bertukar menjadi hijau [seperti hulk]. Perasaan patik ketika ini..... ahh, begitu bermegah sekali. Inilah julung-julung kalinya patik berjaya memandu sebegini tanpa diganggu @ dihalang oleh lampu isyarat selama 3 tahun 1/2 patik bekerja sebagai penjawat awam. Suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. [berlari-lari setempat tanda kesukaan, hoorayyy].
.
Ketika sampai dirumah, patik ada menerima sepucuk sampul surat dari sebuah pasaraya yang terfamous di sini, ia adalah TESCO. Patik berjaya memperolehi baucar tunai berjumlah RM 4.00. Wahh, wahh, wahh.... Nampaknya patik dah kaya. [ekeleh... dgn 4 henggit tu nak buat apa?]. So boleh la patik bershopping sakan di sana nanti. Esok jugak patik akan pergi. But now, patik nak list down barang2 yang akan diborong.

Tuesday, January 6, 2009

Jom Nengok Workstation Patik

Di atas permintaan ramai...[ramai apanya, sorang ja yg nak tgk pun]. Kini patik dengan sukacitanya mengupload pic workstation patik. Lihat la kat bawah nunn...

:: Segala macam aksesori. Konon2nya nak mencantekkan meja kerja la ni ::

:: Telur dalam kenangan. Telah hilang di sabotaj. Patik syak pasti bebudak laki kat ofis ni. Saja depa jeles kot. Puas patik cari & siasat, tapi hampeh tak jumpa jugak. Kalau telur tu dah tetas, pasti cian pada baby chicken tu kan ::

:: Abaikan wayar yang berselerak kat bawah meja tu. Anggap ja patik punya alatan suma wireless, hehehe ::

:: Ni nak tunjuk apa pulak ni. Bakul sampah kot ::

:: Ada loceng kat blakang kerusi patik. Nampak tak?. Itu bermaksud... bila berbunyi, tandanya patik ada di meja. Tak melilau ke mana-mana, hehehe ::

:: Pusing-pusing tang tu jugak ::



Monday, January 5, 2009

Salam...
.
Patik dah beli Teh Misai Kucing. Brand Borneo. Baru ja pas minum. Rasa ok, tekak patik leh masuk. Rasanya menyihatkan sebab...rasa herba, hehe. Tak macam air lobak putih, rasa loya semacam & nak telan pun payah.
.
Sedikit maklumat tentang Teh Misai Kucing :
.
Daun misai kucing yang merupakan herba renek yang tumbuh secara semula jadi di negara-negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia. Secara tradisional, daun misai kucing direndam seperti teh dan diminum.
.
Apakah Punca Kencing Kotor?
.
:: Makanan harian yang dicampur dengan bahan kimia, lemak dan perasa.
:: Bahan pengawet yang terdapat pada daging, ayam dan sayur-sayuran.
:: Banyak minum air yang bergas, makanan ringan, merokok dan meminum arak.
:: Kurangnya meminum air masak dan bertapis, tidak mengamalkan pembersihan yang tinggi.
:: Berpakaian ketat (dalam dan luar) khususnya kaum wanita.
:: Tekanan perasaan atau emosi yang tidak menentu.
.
Peringatan :
.
Toksik dalam darah mengakibatkan Gout, Penyakit Sendi, Batu Karang dan catarrh dalam pundi kencing. Penyakit-penyakit ini pula menjadi punca kepada Darah Tinggi, hilang keupayaan Buah Pinggang dan kencing manis.
.
Bagaimanakah cara Mengatasi Masaalah "Kencing Kotor" Anda?
.
Dengan minum air masak dan air yang ditapis atau meminum satu uncang Teh Herba Misai Kucing setiap hari. Secara umumnya, Masyarakat Melayu mengambil minuman Misai Kucing bagi tujuan Detoksifikasi, juga sebagai rawatan Batu Karang, Infeksi saluran trak pundi kencing, mengawal tahap glikosa darah terutama Hiperglisemia dan memperbaiki Propil Lipid, Rheumatism dan Gout.
.
Kepentingan :
.
:: Mengandungi sifat-sifat anti alergi, anti inflamatori dan diuretik. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
:: Salah satu cara dia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kencing.
:: Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang.
:: Merawat arteriosklerosis ( Penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah ), Gout, Batu Karang, Batu Hempedu, diabetes ( kencing manis ), Hipertensi (darah tinggi ) dan reumatisme.

:: Ini lah pokok misai kucing ::

Saturday, January 3, 2009

Jom Share Bersama

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
.
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
.
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...." "Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
.
.
P/S : Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

I Can Read It! Can You?

Ada sesiapa yg boleh baca ni?
.
(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna)
.
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Masih Mencari

Salam...
.
Tak tahu apa yang dicari....
.
:: Fakta kesihatan? [masih lagi tak meyakinkan]
:: Produk kesihatan? [mungkin petang nanti kuar]
:: Peralatan dapur? [untuk apa pulak]
.
Sekarang ni macam2 difikiran. Lagi tak berhadapan dgn 22hb. ni. Segalanya jadi resah gelisah. Kadang2, bila dah tak ingat...mood akan ok....tapi bila keseorangan, mula la rasa bad mood. Berdiam & temenung.

Friday, January 2, 2009

Siapa Tahu?

Salam...
.
Patik nak beli Teh Misai Kucing. [kuntum, hg tahu ka kat mana aku leh beli]. Kalu bleh produk dari Polens. Cam kat bawah ni....

Dun Know Wat 2 Do?

Salam...
.
Pas balik dari kerja tadi. Patik makan sepinggan spageti... [sori ya kuntum, msg hg aku baru ja baca tadi...]. Pastu basuh baju, pastu kemas bilik (lap sana sini), mandi dan now tengah nunggu air lobak putih mendidih. So skrang ni dah taktau nak buat apa lagi.
.
.
:: WHAT TO DO WHEN YOU DON'T KNOW WHAT TO DO ::

Thursday, January 1, 2009

Ucapan Untuk Semua


2009
.
.........................................
As the New Year dawns...
May it open up for you more opportunities,
lead YOU onto the path of continued success,
Happiness & Prosperity.
.
Happy New Year to you!
...................................................
.