Saturday, April 25, 2009

Apa Dah Jadi?

Salam...

Lama dah patik tak tambah entri. Satu sebab takda cerita... yang kedua lak, sebab malas nak on lappy pink patik ni.

Dalam tempoh patik menghilang, patik ada benda baru yang nak dishare @ lebih tepat lagi untuk dibagitau.

  • Patik tak pegi pun PC fair sebab kena ikut my famili makan kenduri...

Ada 2 kenduri yang patik pegi, satu dalam pulau & satu lagi luar pulau. Dalam pulau, kenduri dia memang grand, tapi lauk tak sedap & bunga telur untuk para hadiri tak cantik. Manakala kenduri di luar pulau lak, kendurinya biasa-biasa ja... tapi lauknya, bagi patik memang sedap gila. Patik cuma makan nasi beriani dengan ayam ala-ala bbq gitu. Sampai 3 ketul patik bedal. Memang puas ati dan perut, hehe.

  • Patik beli dua meja sisi untuk dijadikan kabinet letak tv dalam bilik, huhu...
  • On da way nak pasang Astro sebab tv tak clear

Tadi patik p daftar untuk pasang astro. Sebelah petang orang dah datang untuk pasang. Tapi masalah yang tak diduga. Blok yang patik tinggal takleh nak dapat siaran sebab terlindung. So terpaksa la cari tempat nak pasang piring UFO tu. Ada dua pilihan. Satu atas bumbung apartment [tingkat 10 sedangkan patik dok tingkat 1... so korunk bayangkanlah brapa panjang wayar yg diperlukan], manakala satu lagi leh pasang kat blok sebelah, tapi tu dekat umah orang la. So patik pilih pasang kat blok sebelah. Tengah cina tu dok pasang, tetiba kena tegur dengan apek yang kedekut dinding. Dia tak kasi pasang situ. Apek tu memang dah nyayuk. Adakah patut dia kata umah dia masuk air sebab pasang piring UFO tu. Sedangkan cuma paku untuk pekemas wayar tu ja, bukan dalam pun lubangnya. Puas dinasihati oleh anak pompuan dia. Cam bonggok & bodoh ja apek tu. Untuk mengelakkan bising-bising, patik kata cancel pasang sini ja. So cina tu kata Isnin ni lak dia akan datang lain sebab ofis dah tutup. Cina tu takleh amik kunci untuk naik kat bumbung tingkat 10 tu.

Untuk apek yang kedekut dinding, nyanyuk & bonggok :

"Jangan sesekali kau bermain @ nak tegur simba aku lagi. Kalau suatu hari nanti kau perlukan dinding aku untuk dijadikan pemegang kau ketika berjalan tanpa tongkat... siap la kau. Akan aku balas balik, hahaha. Ada ubi ada batas, ada hari akan aku balas balik, hehehe". [Cam syaitan ja bunyi ayat aku ni, lantak la.]

  • & yang paling penting, pada 7.5.2009 ni nak wak adik interview lak selepas dia LULUS Ujian menaip under SPP. Hope dia berjaya... Amin.

Setakat ni ja celoteh patik untuk kali ni. Sekian... izinkan patik mengundur diri ya.

0 comments: