Thursday, April 30, 2009

Salam...

Time ni patik ada kat ofis. Tengah curi-curi tulang. Curi-curi yang ada sebab tau. Sebabnya kawan patik yang merangkap musuh la jugak tengah guna pc patik. So terpaksa la patik pinjamkan untuknya sekejap. Guna leklok ya cik zuraida... . Jangan dengki-dengki nak lepaskan virus pulak ye.

Patik nak gtau korunk yang bilik patik dah pasang Astro. Hehehe, malunya... Orang lain dah pakai berbelas tahun dah, patik baru 2, 3 hari guna. Tu pun tak dirancang. Mulanya ingat nak letak tv ja. Tapi line masih tak clear walaupun dah dipasang antena. So sebab tu la dicadangkan untuk pasang Astro.

Dikesempatan ini patik nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia yang telah menyumbangkan tenaga dan bakti untuk negara selama ini. Disamping tu juga, patik nak ingatkan korunk, bagi yang berpendapatan bulanan lebih dari RM 2,500 sebulan, jangan la lupa untuk hantar borang BE ke LHDN ye. Ni hari yang terakhir untuk kalian semua berbuat demikian.

Cayok untuk kakitangan LHDN yang sekarang ni tengah bertungkus lumus melayan karenah orang awam yang suka buat kerja last minit. Daaa....


Saturday, April 25, 2009

Apa Dah Jadi?

Salam...

Lama dah patik tak tambah entri. Satu sebab takda cerita... yang kedua lak, sebab malas nak on lappy pink patik ni.

Dalam tempoh patik menghilang, patik ada benda baru yang nak dishare @ lebih tepat lagi untuk dibagitau.

  • Patik tak pegi pun PC fair sebab kena ikut my famili makan kenduri...

Ada 2 kenduri yang patik pegi, satu dalam pulau & satu lagi luar pulau. Dalam pulau, kenduri dia memang grand, tapi lauk tak sedap & bunga telur untuk para hadiri tak cantik. Manakala kenduri di luar pulau lak, kendurinya biasa-biasa ja... tapi lauknya, bagi patik memang sedap gila. Patik cuma makan nasi beriani dengan ayam ala-ala bbq gitu. Sampai 3 ketul patik bedal. Memang puas ati dan perut, hehe.

  • Patik beli dua meja sisi untuk dijadikan kabinet letak tv dalam bilik, huhu...
  • On da way nak pasang Astro sebab tv tak clear

Tadi patik p daftar untuk pasang astro. Sebelah petang orang dah datang untuk pasang. Tapi masalah yang tak diduga. Blok yang patik tinggal takleh nak dapat siaran sebab terlindung. So terpaksa la cari tempat nak pasang piring UFO tu. Ada dua pilihan. Satu atas bumbung apartment [tingkat 10 sedangkan patik dok tingkat 1... so korunk bayangkanlah brapa panjang wayar yg diperlukan], manakala satu lagi leh pasang kat blok sebelah, tapi tu dekat umah orang la. So patik pilih pasang kat blok sebelah. Tengah cina tu dok pasang, tetiba kena tegur dengan apek yang kedekut dinding. Dia tak kasi pasang situ. Apek tu memang dah nyayuk. Adakah patut dia kata umah dia masuk air sebab pasang piring UFO tu. Sedangkan cuma paku untuk pekemas wayar tu ja, bukan dalam pun lubangnya. Puas dinasihati oleh anak pompuan dia. Cam bonggok & bodoh ja apek tu. Untuk mengelakkan bising-bising, patik kata cancel pasang sini ja. So cina tu kata Isnin ni lak dia akan datang lain sebab ofis dah tutup. Cina tu takleh amik kunci untuk naik kat bumbung tingkat 10 tu.

Untuk apek yang kedekut dinding, nyanyuk & bonggok :

"Jangan sesekali kau bermain @ nak tegur simba aku lagi. Kalau suatu hari nanti kau perlukan dinding aku untuk dijadikan pemegang kau ketika berjalan tanpa tongkat... siap la kau. Akan aku balas balik, hahaha. Ada ubi ada batas, ada hari akan aku balas balik, hehehe". [Cam syaitan ja bunyi ayat aku ni, lantak la.]

  • & yang paling penting, pada 7.5.2009 ni nak wak adik interview lak selepas dia LULUS Ujian menaip under SPP. Hope dia berjaya... Amin.

Setakat ni ja celoteh patik untuk kali ni. Sekian... izinkan patik mengundur diri ya.

Friday, April 17, 2009

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Celebrity Collage - Family pictures - Family tree chart

Cuti Rehat

Salam...

Hari ni patik amik cuti sebab nak ke LWEH. Kakak patik yang temankan. Sebelum tu patik singgah di Hosp. Pulau Pinang dulu sebab kakak patik nak mintak izin dari bosnya untuk kuar temankan patik. Sedang asyik nunggunya di dalam keta, patik ada amik gambar ni dari kejauhan... so dia kurang clear sikit la. Tapi patik boleh tolong jelaskan apakah yang patik lihat tu...

Inilah gambarnya...


"Petanda aras tabung darah di Hospital Pulau Pinang telah menunjukkan ianya berada di peringkat yang terendah. Jadi kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang yang prihatin, segera la ke Hospital Pulau Pinang untuk menderma darah kerna kita sekarang ni kekurangan darah".

Pastu patik amik appointment dan kuar ke tesco. Dalam sejarah shopping di awal pagi, hehehe. Patik sempat beli sehelai baju t yang selesa sangat. Pastu dalam kul 9.30 pagi patik pun gerak ke LWEH sb doc datang kul 10.00 pagi.Kali ni memang kena tunggu lama gila. Wat scan sekali lagi dan semuanya okeh...

On da way balik, singgah di kedai kucing sat. Ingat nak beli lagi sekor, tapi bila ditanya harganya... ya ampun... sekor RM 800. Agak comel tapi dah besa. 1 tahun 1/2 dah. Kaler macam bumbung karat kata kakak patik. So tak jadi beli, cuma tengok saja. Pastu terus balik...


Sunday, April 12, 2009

PC Fair 2009


Salam...

Minggu depan ada PC Fair 2009 di PISA. So patik ingat nak pegi la. Nak beli external hard disk ka pendrive?. Patik masih lom wat keputusan lagi. Kalau EHD, mahal... tapi GB dia besa dan boleh simpan banyak menda. Kalau patik amik pendrive, time ni memang rasa cukup la untuk nak simpan menda dalam vaio ni.... tapi, macam mana lak untuk hari muka? Nanti tak cukup, dah nak kena beli lain pulak.

Sekarang ni nak pikir untuk jangka masa yang panjang ka @ tak?. Tapi kan, kalau pikir dari segi teknologi ni... memang payah sikit. Kalau kita beli nak pakai untuk jangka masa lama... pasti akan ketinggalan zaman. Kalau nak kejar pun... pasti akan membazir pulak kan, kan? Ermm... macam mana ye?.

Tapi kalau pikir dari segi ekonomi bulan ni...

  • Patik ada order kabinet, deposit dah bagi... kalau barang dah sampai, kena settle suma.
  • Pastu tu, jumaat ni lak... ada appoinment dengan pakar gynae, mesti kena pakai duit lagi.

So rasa-rasanya patik beli pendrive ja la. Amik yang 8GBnya. Jimat sikit kan, kan?. Korunk setuju tak?

Eh, kuntum... hang nak pegi tak?.

Sunday, April 5, 2009

Kempunan

Salam...

Ahh.....patik lapa nak makan KFC nih! Tapi xleh... Lapa sesangat. Dah makan nasi, tapi still lapa. Patik kalau lapa makanan tu, mesti kena makan yang tu jugak! Kalau makan makanan bukan dari yang itu... pasti takkan kenyang punya.

Patik kena berpantang?. Perh... macam mana nak melaluinya ni? Sehari dua ni dah rasa tak senang duduk. Macam-macam makanan yang diidamkan sekarang ni.

Tapi demi kesihatan sepanjang hayat... Patik kena akur juga...

..... sabar .....

.... sabar ....

... sabar ...

.. sabar ..

. sabar .

Saturday, April 4, 2009

Deringan Telefon

Tadi kakak patik call. Dia menyuruh patik rekodkan tarikh dan apa-apa kejadian yang berlaku disepanjang tempoh patik mengandung dulu. Ini sebagai panduan & peringatan di masa akan datang katanya. Jangan ulangi cara & rutin yang sebelumnya. Jadikan ia sebagai teladan. Kakak juga sempat cerita pada patik tentang betapa risaunya bapa patik bila patik ada inform dia (bapa) dengan berita yang patik turun darah & kemungkinan yang bakal terjadi dengan kandungan patik tempoh hari.

Memang patik akui, time patik gtau dia (bapa) apa yang doc. klinik tu cakap... memang nampak kerisauan dia. Dia tak berkata apa cuma hanya mendengar. Tak sangka dia begitu risau. Tapi sekarang ni bapa patik dah rasa lapang dengan apa yang terjadi disamping rasa simpatinya pada patik yang diluahkannya pada kakak. Patik pun selamat & tak perlu buat D&C. Sebab ramai yang kata buat D&C itu memang menyakitkan.

Bapak ada jugak tanya kakak tentang keadaan patik selepas keguguran. Kakak gtau yang patik nampak lebih lega dan tenang dari dulu. Sebab dulu patik asyik risau & fikiran pelbagai kemungkinan.

Memang patik mengaku yang patik rasa lega & syukur sesangat bila allah telah amik "dia" dengan cara begini. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Patik akur akan ketentuan-Nya. Berkat doa dari keluarga... patik selamat. Perkara yang paling patik takuti tak berlaku pada patik.

Tahun ni, famili patik akan timang seorang cucu sulung ja la jawabnya. Kakak patik bakal melahirkan anak sulungnya pada Jun ini.

Seharian Kebosanan

Salam...

Hari ini tak pergi kemana-mana, sebab tu la boring. Tambahan lak sebelah petang sunyi sebab 2 3 orang kuar makan kenduri. Yang lain asyik titok walaupun telah dikejutkan berulang kali. Ish...boring, boring.......

Tengahari tadi patik makan nasi dengan sup ikan senangin bersama-sama ayam goreng yang agak masin. Sekarang ni lak, teringin nak menyicah. Tapi orang tua-tua kata, patik kena berpantang kejap. Makanan sejuk, menjalar, berangin & berbisa takleh nak makan lagi. Aduh... patik kalau bab makan ni payah sikit la nak patuh.

Rasa cam nak curi-curi ja makan apa yang ada. Rasa-rasa korunk patik leh tak makan bebola ayam brand ayamas?, hehehe. Patik rasa cam nak p goreng ja skrang ni. Tapi takpa, sabar sekejap nooo. Jap lagi kalau mak ngah dah balik... patik nak tanya dia... kalau dia kata "boleh kot"... dengan sepantas kilat patik akan p goreng.

Ish lambat lagi ka mak ngah ni nak balik?. Awat yang lambat pulak hari ni. Kalau tak, time-time macam ni dia dah balik dari TB. Apa lak yang dia bikin lelama kat sana tu?.

Friday, April 3, 2009

Berakhirnya Suatu Penantian

Salam...

Patik ada berita yang menyedihkan. Pagi tadi, time nak mandi pi kerja... patik rasa kurang selesa dibahagian perut. Cam rasa period nak datang. Walhal dah lebih dari 1 minggu darah yang turun tu tak nak berhenti lagi. Dalam pikiran, mesti sumting yang tak kena dengan kandungan patik. Hati jadi tak sedap dah time tu. Darah lak makin kerap turun. So patik pun jadi berat hati nak pergi kerja. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi time kat tempat kerja nanti.

Tengah dok sabun badan, tetiba plup... seketul benda terjatuh ke lantai bilik air. Dia dah... patik dah gugur... Tapi betul ka patik dah gugur?. Napa tak sakit cam orang lain gtau. Dia orang kata, kalau nak gugur memang sakit yang teramat. So patik jadi kompuis. Patik belek2 ketulan yang ada di lantai tu. Rupa cam pelik ja... tak macam darah period pun. Ah, sah la... memang patik dah gugur!

1st memang rasa terkejut... sedih pun ada gak... tapi bila dipikirkan balik mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin jika janin tu hidup dan membesar pun... takut ia tak sempurna sifatnya.

Bila suami patik balik ja dari masjid sembahyang subuh... patik pun gtau dia. Wajahnya kelihatan agak terkejut. Tapi dia bersyukur sebab selamat dan tak ada apa-apa yang buruk terjadi pada patik. Dia ada gtau, mungkin dari doanya juga sebentar tadi agar dikurniakan anak yang sempurna.

Dalam kul 8 pagi camtu. Patik ke Hospital Lam Wah Ee berjumpa dgn pakar yang sepatutnya patik akan jumpa pada 8/4/09 ni. Patik pergi bertemankan kakak yang terpaksa mengambil EL (thanks ya...), abang ipar & suami. Sebelum pergi hospital, kita orang singgah makan dulu kat Restoran Subaidah pekena roti canai & capati. Bila dah kenyang, baru kita orang ke hospital.

Di hospital, memang ramai yang sedang menunggu. Kita orang yang datang agak lewat... potong Q sb emergency kes, selamat takyah tunggu lelama. Doc buat scan dan sah mendapati patik dah keguguran. Patik pun tanya samada patik perlu wat D&C ka? Doc menjawab tak perlu, sebab kandungan patik keluar habis. Alhamdullillah syukur sesangat sebab tak perlu buat D&C. Doc bagitau, darah mungkin akan turun dalam 5 hari lagi. Doc bagi ubat antibiotik untuk dihabiskan agar tidak terkena jangkitan. Keguguran ni disebabkan Blighted Ovum. Nak tau lebih lanjut tentang apa itu BO... korunk surf la sendiri di internet.

On da way balik, kita orang singgah tesco... ronda2 cari barang. Pastu singgah makan nasi tengahari dan baru balik. Dan kini, patik dah makan ubat dan dinasihatkan agar berpantang, huhuhu....